Syahidnya seorang ulama' azhari kesayangan ummah. As-syahid Fadhilatul Syeikh Imaduddin Effat merupakan setiausaha fatwa Darul Iftak Misriyyah yang telah kembali ke rahmatullah akibat terkena tembakan di dada ketika berada di Syari' Majlis al-Wuzara' jam 6.30 petang semalam (waktu Mesir).


Beliau merupakan seorang ulama besar yang amat wara' dan zuhud dengan ilmunya. Seorang yang pakar fiqh sehingga digelar oleh anak murid beliau sebagai mufti yang paling faqih dan juga pakar dalam ilmu Qiraat dan Lughah.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/376170_201414333279391_201375526616605_443094_1890623012_n.jpg
Ketika dalam kelas pengajian

Beliau bukan sahaja seorang yang faqih yang bidang keilmuan malah beliau juga merupakan insan yang sangat cintakan kepada jihad. Cintanya kepada jihad dan sensitiviti beliau terhadap umat Islam jelas dalam kebanyakan majlis ilmu beliau sekalipun melalui sindiran terutama semasa Israel menyerang Gaza dan pendirian kerajaan Mubarak terhadap rakyat Palestin.


Beliau diantara ulama’ Azhar yang pernah berfatwa tidak harus kepada mana-mana lelaki mukallaf berdiam diri di rumah bermula 27 Januari yang lalu dan mereka yang terbunuh pada detik-detik thawrah yang lalu mendapat pahala syahid daripada Allah.


Perhimpunan yang diadakan di Qasr el Aini semalam adalah disebabkan penentangan rakyat Mesir terhadap tangan-tangan kotor yang cuba menggagalkan pilihanraya Parlimen yang sedang berjalan kini.


Ternyata dua fasa pilihanraya yang telah berakhir menunjukkan penguasaan besar tayyarat Islamiyyah, ini cukup menakutkan pihak musuh.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/384425_201450146609143_201375526616605_443308_64885442_n.jpg
Syeikh bersama syabab Mesir di Medan Tahrir
Ramai pihak yang marah dengan pihak kerajaan sementara di atas apa yang telah berlaku semalam. Pimpinan Ikhwan Muslimin telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menuntut beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan, antaranya ialah :


1) Pihak ketenteraan perlu memohon maaf dengan rakyat disebabkan jenayah yang telah dilakukan semalam.


2) Meneruskan pilihan raya parlimen seperti yang dirancang dan menyerahkan kuasa kepada orang awam sebelum akhir bulan Jun 2012.


3) Penyiasatan secara adil dan bebas dengan apa yang telah berlaku semalam dan mengumumkan secara terbuka hasil siasatan pada masa tertentu.


Dibimbangi dengan apa yang berlaku semalam seolah-olah ada pihak yang cuba melaga-lagakan institusi agama dengan pihak ketenteraan. 


Nota : Jenazah syeikh yang diuruskan sendiri oleh Fadhilatul Mufti, Syeikh Ali Jum'ah semalam akan disolat selepas atau sebelum zohor (diminta datang awal) di Masjid al-Azhar pada hari ini.


"Sesungguhnya kamu telah membenarkan Allah ya Syeikh dan Allah telah membenarkan kamu (syahid)" Alfatihah.