Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.
Fuh..Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke 2 umat Islam berpuasa.Bersyukur kehadratNya kerana masih lagi memberi kesempatan kepada ana untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.InsyaAllah kita jadikan peluang yang Allah taala bagi kepada kita ini sebaik-baiknya ,moga-moga dapat menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa kepada Allah,suatu perkara yang selalu ana doakan.
Semenjak akhir-akhir ini banyak ujian dan cabaran yang Allah taala timpakan kepada hambanya,samaada hamba itu beriman kepadaNya ataupun sebaliknya.Ujian wabak H1N1,cuaca dunia yang tidak menentu,ekonomi dunia yang sedikit merusut dan banyak lagi ujian yang Allah taala timpakan kepada umat manusia amnya.
Kepada mereka yang memperjuangkan agamaNya juga tidak terlepas daripada mehnah dan tribulasi yang berlaku dalam perjuangan menegakkan agama Allah taala di muka bumi ini.Dengan fitnahnya,caci mencaci dan sebagainya itu sudah menjadi sunnah dalam perjuangan ini.
Akan tetapi sahabat-sahabatku sekalian ingatlah setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap kepada-NYA.Kita juga perlu bijak dalam menguruskan masalah yang berlaku agar kita dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dengan jayanya,jangan membuat keputusan dalam keaadaan beremosi.Ingat..Pembalasan bukan hak kita. Tuhan lebih tahu balasan yang sesuai bagi orang yang menyakiti dan menentang kita.”
PADA suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik itu.
“Anakku, Tuhan tidak memberikan kepada kerang seperti kita sepasang tangan, sehingga ibu tak mampu menolongmu,” kata si ibu dengan bercucuran air mata. Kemudian menyambung setelah mendengar si anak terus merintih kesakitan, “Ibu tahu ia menyakitkan, anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang dapat kau perbuat.”
Anak kerang menurut saja nasihat ibunya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus.
Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, berkilau dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.
Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus atau bakar di restoran.
Jangan menjadi orang yang terlalu cepat melatah kerana ia tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada jemaah malah boleh menjadi racun kepada jemaah itu sendiri.Jadi jika anda sedang menderita,sedang diuji hari ini, apa pun sebabnya, bersiap-siaplah untuk menjadi ‘orang luar biasa.’ Insya-Allah….
Ini sekadar pandangan ana yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan,mungkin ya atau tidak, jika anda merasakan pandangan ini salah anda boleh melemparkan pandangan ini sejauhnya dari fikiran anda sekalian,akan tetapi jika saudara/i mempunyai pandangan yang berbeza pintu muzakarah dibuka seluas-luasnya untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting ialah untuk kebaikan Islam itu sendiri.
p/s - Cerita kerang tu ana copy dari satu email yang diberikan oleh seorang sahabat ana.Syukran
Salam..
Allah tidak menurunkan setiap ujian itu tanpa ada penggantiannya..Hasil tulisan Dr Aidh...Setiap kesedihan akan dibalas dengan kegembiraan, setiap kepayahan akan dibayar dengan kesenangan..dan setiap kemiskinan akan dibayar dengan kekayaan..Yang penting..bersabar dengan ketentuan Allah serta bersangka baik dengan Allah...
Satu analogi yang boleh dikongsikan adalah keadaan para hamba di zaman Rasulullah...Hamba-hamba seperti Bilal bin rabah...Sumaiyah...Mereka terpaksa menerima penyeksaan yang dilakukan oleh tuan mereka...kerana mereka hamba...Tapi kita lupa..Sebenarnye rasa kehambaan itu perlu ada pada sesiapa pun kerana kita adalah hamba Allah..redha dengan setiap ujianNYA...DIA akan mencintai kita..
Kesusahan dalam perjuangan jangan dibalas dengan rasa tidak puas hati tetapi balas lah dengan rasa kemenangan dan keyakinan yang Allah janjikan...ISLAM AKAN MENANG DI SELURUH DUNIA...itu janji Allah..
Perkongsian apa yang dirasa semoga menjadi satu peringatan pada manusia yang bergelar pejuang Allah...(",)
to ukht athirah..
syukran atas perkongsian..
ujian dn cabaran dlm perjuangan merupakan satu kepastian, yg penting bg a'dhaul jamaah itu pndai mengatasi ujian dn mehnah yg berlaku itu agar memberi kepentingan kpd jemaah (ana naqal kata2 murabbi ana)..ana rse selayaknya ana pggil enti ustazah kot dgn perkongsian enti yg mantap tu..^_^
Allahu Akhbar..jgn dipuji melangit ana yang masih lagi dhaif dalam ilmu ni..hanya berkongsi sedikit saje...
kita dalam jalan yang sama..tak salah kalau ada sahabat yang sedang leka tersalah masuk hentian, ana ingatkan bahawa bukan ini hentiannya...kita yang kene ingatkan sahabat2 nih...betul tak..:)
mungkin ada yang terhenti sekejap di dalam blog akhi, kita buleh bawa mereka sekali dalam perjalanan kita ek..:>
to ukhti atirah
emm btul sgt la tu ^_^