Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.
Alhamdulillah dapat jugak ana mencoretkan sedikit entry pada malam ini,rasanya sudah lama tidak postkan sesuatu...sebabnya terlalu banyak,malas pon ada,banyak program pon ada tak ada idea pon menjadi salah satu sebabnya.Ana rasa mungkin kerana perancangan yang kurang rapi menyebabkan kerja yang banyak tidak dapat diuruskan dengan baik menyebabkan banyak perkara yang tidak selesai dengan sempurna.
Walaubagaimanapun,sebagai insan yang baru belajar tentang kehidupan ini,insan yang kerdil lagi hina ini,ana memandangnya sebagai suatu pengalaman dan pengajaran hidup yang akan menjadikan ana lebih matang dalam bertindak dan melakukan sesuatu supaya sentiasa membuat perancangan yang rapi agar sesuatu yang dirancang berjalan dengan baik.
Bayangkan ketika kita berdiri di pinggir sebatang sungai yang besar. Tidak mungkin kita mampu melompatnya untuk ke seberang,bukan?. Dalam masa yang sama kita amat perlu untuk menyeberangi sungai itu. Bagaimana perasaan kita ketika bertemu dengan sebuah jambatan yang menghubungkan kedua tebing sungai itu?
Ketika kita menginginkan sesuatu yang agak sulit untuk dicapai, maka kita memerlukan sebuah jambatan agar dapat menuju kepada apa yang kita inginkan. Keinginan kita, insya-Allah, akan nampak lebih mudah jika sudah terbentang jambatan yang menghubungkan antara kita pada keadaan sekarang dengan keadaan kita setelah mencapai impian tersebut.
Jambatan itulah yang disebut dengan perancangan. Perancangan yang akan mengubah kita, bukan kebetulan. Tanpa perancangan kita tidak akan berubah. Dalam kehidupan nyata yang biasa kita lihat, sering orang mengatakan belum bersedia, atau tidak mampu melakukan atau meraih sesuatu.
Ketidakseidan atau ketidakmampuan tidak akan berubah kecuali kita merancang untuk mengubahnya menjadi bersedia atau kemampuan.Ana teringat kata-kata sahabat ana ketika dia menasihati ana agar sentiasa mempunyai perancangan dalam gerak kerja,kata beliau:
”Change should be a friend. It should happen by plan, not by accident.”
Tentukan apa yang kita inginkan. Kemudian fikir dan susun perancangan, maka kita akan menemukan kehidupan yang lebih mudah dibanding dengan sebelumnya. Kenapa?
Kerana… perancangan adalah tangga untuk kita naik. Bagaimana kita hendak melangkah naik jika tidak ada tangga?
Perancangan memberikan arah langkah kita dalam gerak kerja.
Perancangan akan membantu kita meminimumkan waktu.
Perancangan juga akan memberi isyarat sama ada tujuan kita boleh dicapai atau sebaliknya.
Perancangan akan mengawal kita, sehingga kita tetap di landasan yang mengarah menuju impian.
Perancangan membuat kita berfikir lebih sistematik dan tersusun.
Dengan perancangan yang rapil jugalah sultan a-fateh dapat membebaskan kota konstantinople yang begitu mustahil jika difikir dengan akal fikiran.
Kini saatnya bagi kita untuk mengatur perancangan jika ingin berjaya,jangan jadi macam ana sebelumnya.Ayuh pejuang Islam,kita berubah..
Allah SWT dalam firman-Nya memerintahkan kepada Nabi SAW berserta para sahabat untuk membuat perancangan sebelum berangkat atau menghadapi peperangan.
”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (QS:Al Anfaal:60)
Walaubagaimanapun,disana terdapat perkara yang penting selepas kita melakukan perancangan dalam gerak kerja,iaitu kita bertawakal kepada Allah,menyerahkan segala-galanya kepada Allah setelah kita berusaha dan kita perlu yakin bahawa kita merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Ini sekadar pandangan ana yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan,mungkin ya atau tidak, jika anda merasakan pandangan ini salah anda boleh melemparkan pandangan ini sejauhnya dari fikiran anda sekalian,akan tetapi jika saudara/i mempunyai pandangan yang berbeza pintu muzakarah dibuka seluas-luasnya untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting ialah untuk kebaikan Islam itu sendiri.
salam ya akhi..
Perancangan bukan sahaja dapat menjimatkan masa kita malah dapat berkira-kira masa yang kita perlu peruntukkan...
emh...sebenarnya ana pernah bincang dgn seorang sahabat mengenai kesibukan ini dan secara tak sengaja dia terbaca satu kitab..dia kini pelajar mesir...dia kate..bile kita merasakan ketidakcukupan dalam masa kita, kemungkinan ada ketidak berkatan dalam masa2 kita..
sebagai medan muhasabah buat ana dan sekalin sahabat yang terhenti di sini juga...moga masa kita semua ada keberkatan..
wallahu'alam..
to ukhti atirah
Wsalam ustazah..
subhanallah..pandangan yang ringkas tp berkesan dn cukup memberi makna..keberkatan masa..suatu perkara yg sering kta lalai..mgkn diri ana nie yg hina lagi dhaif masih krg intim hbgn dgn Allah shgg krgnya berkat dalam kehidupan..syukran byk2 atas peringatan..^_^
Salam, banyak sungguh perancangan..
Perancangan memberikan arah langkah kita dalam gerak kerja.
Perancangan akan membantu kita meminimumkan waktu.
Perancangan juga akan memberi isyarat sama ada tujuan kita boleh dicapai atau sebaliknya.
Perancangan akan mengawal kita, sehingga kita tetap di landasan yang mengarah menuju impian.
Perancangan membuat kita berfikir lebih sistematik dan tersusun.
Meh merancang menyusun ayat.. Hihi..
Gunalah kata penghubung dan, atau koma. Lebih mejimatkan dan menyedapkan ayat.
Baiklah murid2. Kita belajar penggunaan kata hubung dan.
Dan digunakan untuk menyambung dua ayat atau perkataan sebagai contoh.
Contoh 1 : Saya dan abu.
Cth 2 : Saya makan nasi, abu pun makan nasi. Apabila guna kata sendi dan. Saya dan abu makan nasi.
Baiklah murid2. Cukup setakat tu harini. Hehe... boleh bersurai.. kah3..
Gurau je ye tok guru..
Kui3..
to amin
hmmm..syukran ats teguran dn ajrn..ana ni manusia yg sentiasa melakukan kesilapan dn sentiasa dahagakn teguran membina..klau shbt x tegur saper lg kn..tp min rse cam duk skolah rendah balik la..huhu
Hah.. sape amin? ini cikgu amin tau.. Hormat sket yer.. kah3...
Kui3.. Hihihi...
Baiklah murid2, cikgu nak ajar peta minda plak harini...
Wan : Peta minda tu dekat kepala kita ke cikgu?
Cikgu min : Banyak la ko punya minda kat kepala, minda tu dkt kaki.. Kui3... hihi...
Peta minda tu, peta dunia. Itu pun tak kenal ke? Ish3.. Buta warna sungguh anak muridku ini.. huaa..
Guru beso, tengok budak2 ni.. Org siries, diorang main2 plak.. hehe..
to cg Amin
ok2 cg amin..maap cg..tp wan tu saper..hehe^_^
Ewah3.. Budak nih.. Nak kena gamaknya.
Lain aku ajo, lain plak dia tanya yer. bukan nak ucap terima kasih..
Wan tak kenal? Yang tiap2 hari ko jumpa kat pintu pago tu sape?
Murid jawab ramai2 : Pak Guard sekolah kita cikgu.
Cikgu min : Ha.. Pandaiii.. Bagus.. Very clever. Inilah murid2 cikgu. Macamni lah bagus.. Hehe.. Tak sia2 cikgu ajo selama nih..
Sorang murid mencelah : Eh cikgu, wan tu nama tokkki saya la.
Cikgu min : ada cikgu kesah? hehe... Tak tanya pun.. Kui3..
Murid td : Tp cikgu, tu nama tokki saya. Tokki saya bukan pak guard..
Cikgu min : Yelah2, abistu tokki awak kerja apa?
Murid td : Kerja pam attendand cikgu.
Cikgu min : Pam attendent tu kerja apo?
Murid td : Tukang isi minyak kereta cikgu..
Cikgu Min : ooo.. Bagus tokki awak, membantu orang lain. Bagus2.. Teruskan usaha kamu. Contohilah atuk kamu yer.. Hahaha...
(",)...buleh pulak jadi sesi dialog antara cikgu angan anak murid pulak ea...
emh..masa ana diingatkan oleh sahabat tu pun, ana pun terkedu jugak..tapi bile difikir2kan balik, pasti ada yang kita terlupa nak buat...menyebabkan Allah juga terlupa nak bagi keberkatan kat kita...(ni bahasa analogi ea..jgn salah faham dgn perkataan terlupa Allah itu..Allah tidak pernah lupa, tapi kita lah yang lupa...dan terlupa Allah itu sebagai maksud Allah nak memberikan kafarah pada kita...)..
wallahu'alam,,
benar,gagal utk merancang adalah merancang utk gagal...
to Azan Subuh
emm..btul tu kak afzan ^_^