“Man,siapa nama lelaki yang solat di Musolla kita tadi,lupa pulak nak berkenalan tadi”
“Yang tadi tu ker?..emm,tak tahu la pulak..alah Wan,buat per nak tahu nama dia,bukan kita kenal dia pon..”
Situasi sebegini sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang,perkara seperti ini dianggap perkara remeh temeh oleh sesetengah pihak dalam kita mengharungi kehidupan bermasyarakat.
Walhal bagi ana ,menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu.
Ia ibarat benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.
Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting,terutamanya bagi mereka yang membawa risalah kenabian.Hal ini kerana,apabila seseorang mad’u merasakan dirinya dihargai,menjadi advantage untuk kita menyebarkan da’wah kepada masyarakat sekeliling.
Kadang-kadang kita seolah-olah malu untuk melakukan kebaikan yang sekecil ini.Ramai dalam kalangan kita lebih suka hidup menyendiri dan tidak tahu untuk menghargai kewujudan orang lain dalam hidup bermasyarakat ini,cuba bayangkan bagaimana jika orang lain tidak mengambil endah tentang hal kita atau tidak mengahargai kewujudan kita.
Untuk memantapkan ingatan, kita boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah kita mengirim surat kepadanya ataupun kita menggunakan kelebihan yang ada pada zaman IT ini, kerana ia mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan kita dengan mereka dan ia sendiri merupakan sarana dalam tarbiyah.
Apabila kita berkenalan dengan seseorang,ia merupakan pintu bagi kita untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga kita mempunyai data nama yang amat banyak. Kita juga harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.Jadi untuk itu, ana sarankan supaya setiap daripada kita hendaklah ada bersamanya pen dan buku kecil kerana ia mempunyai faedah yang amat banyak.
Cuba kita lihat bagaimana contoh yang ditunjukkan oleh Imam Hasan Al-Banna ,beliau adalah da'i yang sangat gemar menghafal nama. Ketika beliau bertukar tempat bertugas yang baru, ketika diadakan penyambutan kedatangan beliau oleh pemuda-pemuda yang baru pertama kali mereka melihat beliau. Imam Hasan Al-Banna berjabat tangan dengan pemuda-pemuda itu dan menyebut beberapa nama mereka. Tatkala beliau ditanya tentang bagaimana beliau boleh mengenal nama-nama tersebut, beliau menjawab, "Ketika saya menandatangani kad anggota, saya menghafal nama yang tertera dan raut wajahnya."
"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu
menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)
Segala yang kita usahakan ini adalah merupakan salah satu usaha kita untuk menyebarkan da’wah Islam dalam masyarakat kita,mana mungkin da’wah dapat disebarkan jika da’ie seolah-olah tidak menghargai setiap mad’u yang ada dalam masyarakat.We Are Siblings We Are Family..
0 Comments Received
Post a Comment