Baru-baru ini, ana berkesempatan mengikuti program anjuran PMRAM iaitu program PESAT yang diadakan di Rumah Anak Kelantan Mesir di Hayyu Sabie’.
Program PESAT merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh PMRAM dibawah seliaan Lajnah Perancang dan Panitia yang mendedahkan kepada mahasiswa-mahasiswa Malaysia Mesir mengenai cara-cara untuk kita berorganisasi dan mengajar cara bagaimana untuk kita melakukan gerak kerja secara sistematik.
PMRAM juga menjadikan PESAT sebagai satu wasilah untuk memberi peluang kepada mahasiswa yang menuntut di bumi Anbiya’ untuk menyumbangkan tenaga mereka untuk PMRAM didalam program-program yang dianjurkan oleh PMRAM.
Bagi ana ini merupakan satu langkah bijak yang dilakukan untuk mencari tenaga-tenaga mahir dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa disini untuk menyumbangkan kemahiran mereka dari segenap bidang kepada PMRAM secara langsung.
Selain itu juga, program seperti PESAT ini juga dapat menjadikan mahasiswa disini bukan sahaja faqih dalam ilmu agama semata-mata malahan faqih juga dalam ilmu-ilmu organisasi.
Ana mempunyai pengalaman bekerja dalam satu “pasukan” dengan mahasiswa-mahasiswa universiti di Malaysia sebelum diberi rezeki oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran di Bumi Mesir ini.Ana melihat gerak kerja yang dilakukan oleh mereka lebih terkehadapan daripada mahasiswa-mahasiswa yang berada disini.
Terserah jika ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang ana katakan ini.Hal ini merupakan pemerhatian ana terhadap situasi yang berlaku sekarang walaupun ana boleh dikatakan masih penghuni baru di Mesir ini,namun itulah hakikat yang perlu ditelan.
Namun melalui pendekatan yang diambil oleh PMRAM dengan menganjurkan program seperti ini selain program- program ilmiah bersama para Masyaikh yang dianjurkan,anggapan seperti itu mungkin sudah tidak releven lagi pada masa yang akan datang.
Masyarakat sekarang bukan sahaja mahu ustaz/ustazah yang hanya pandai berkata-kata dan mempunyai ilmu agama semata-mata,akan tetapi boleh mengadaptasikan ilmu agama yang mereka ada dengan memimpin mereka didalam mengharungi zaman yang begitu mencabar akhir-akhir ini.Maka,ia berhajat kepada ilmu tentang organisasi dan kempimpinan.
Ayuhlah kita merujuk kembali kepada sirah nabi dalam menyebarkan risalah kenabian,tiga risalah yang dibawa oleh nabi dalam da’wah iaitu tablighul ahkam,tanfizul hukmi dan tazkiyatun nufus.
Ambillah pengajaran daripada satu ungkapan yang mengatakan Ulama’ tanpa professional ditipu,akan tetapi jika professional tanpa ulama’ menipu.
p/s:baru habis kelas Kitab Qaulu Tam..badan masih lagi keletihan sebab hari nie seharian Program Kolukium PMRAM,satu program yang sangat bagus dan harapan ana agar temanya iaitu Memperkasa generasi Ulama’ dapat dijayakan..InsyaAllah..
Salam dik..
Salam ukhwah dari akak.
Tersenyum dengan kenyataan adek mengatakan mahasiswa di Malaysia lebih terkehadapan dalam bab kepimpinan. Emh, akak setuju dengan kenyataan ini. Tapi adek perlu faham kenapa kami terpaksa terkehadapan. Sebab kami di Malaysia, melihat keadaan di sini dan kami sedikit yang benar-benar faham tentang kepentingan jemaah. Dan sebabkan itu, organisasi ini sangat penting bagi kami. Kami kene sama-sama menjaga ukhwah di kalangan kami dan tali ukhwah itu sangat dititik beratkan supaya bangunan yang telah sama-sama kami bina tidak mudah runtuh.
Tapi boleh dikatakan, kami juga kadang-kadang ambil berat sahabat-sahabat dari tanah arab supaya bila balik ke malaysia, tidak jauh perginya, bia sama-sama juga terkehadapan.
Belajarlah sebaiknya dan perhatikanlah segala-gala yang ada di sekeliling adek di sana, barangkali akan ada manfaatnya bila adek pulang ke malaysia dan berbakti di sini pulak..
Barakallahu fik
Wassalam..
Syukran diatas komen tu ukhti..
Harap ukhti faham baik2 kenyataan ana tu..
entry nie sebenarnya hanya kiasan yang perlu difahami dan ia adalah kiasan terhadap senario "biasa2 je lah" dalam gerak kerja.
kesilaptafsiran terhadap mahasiswa di Mesir.
budaya bertindak tanpa berfikir..
Salam
Mabruk Ust..
Ana setuju dgn pndapat ust..moga semua buka mata dan faham dgn apa yg cuba ust sampaikan..
seeru 'ala barakatillah
"Ana mempunyai pengalaman bekerja dalam satu “pasukan” dengan mahasiswa-mahasiswa universiti di Malaysia sebelum diberi rezeki oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran di Bumi Mesir ini.Ana melihat gerak kerja yang dilakukan oleh mereka lebih terkehadapan"
Ana terima pendapat ust ni krn Ust pernah bersama mereka.
tapi yang satu lagi ni,
"daripada mahasiswa-mahasiswa yang berada disini".
Ust dah pernah bersama mereka secara khusus ke?
jika belum maka jangan dibanding-bandingkan..Ye,kita perlu terima pendapat org lain,tapi ingat kita perlu juga terima kelemahan org lain.Maka tak perlu lah disebut begini..Tak perlu dibanding-bandingkan kerana mungkin yang sebenarnya adalah sebaliknya apabila ust bersama secara khusus nanti..teguran ikhlas.
Setiap insan n perkara ada kelebihan dan kelemahan masing2..maka tak perlu kita rasa lebih bila kita lebih dlm satu2 perkara.Mungkin ada lagi yg lebih hebat dr kita,tetapi apabila dia melihat gelagat kita yanvg terasa lebih ni mereka diam dalam keadaan tersengih..krn melihat kita yg masih di tahap bawah sudah ingin mengomen mereka yg sudah di alam realiti...man ansahaka faqad ahabbaka-Al imam haris almuhasibi