WASHINGTON 4 Jan. - Barack Obama yang menghitung hari untuk memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin.
Pegawai dalam peralihan kuasa baru itu hanya mengulas bahawa Obama akan terus memantau situasi di Gaza, konflik yang setakat ini meragut lebih 460 nyawa itu.
"Perkara-perkara global di pantau terus oleh Obama dengan teliti, terutama situasi serangan Israel di Gaza," kata jurucakap Jabatan Keselamatan Negara, Brooke Anderson.
Katanya, Obama dan pasukannya menghormati prinsip "hanya ada seorang Presiden AS pada satu-satu masa".
Sementara itu, penasihat kanan Obama, David Axelrod berkata, barisan pentadbiran baru sangat komited kepada usaha mewujudkan damai Asia Barat.
Menurutnya, Obama akan mengulas mengenai isu Gaza itu apabila beliau memulakan tugas rasmi sebagai Presiden 20 Januari ini.
Bagaimanapun tindakan Obama itu telah menimbulkan kemarahan dunia Arab.
"Ia permulaan yang tidak baik," kata pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.
Katanya, adalah sesuatu yang pelik kerana Obama boleh bersuara mengenai isu serangan Mumbai tetapi tidak sepatah kata mengenai rejim Israel.
"Beliau perlu menghentikan polisi berat sebelah seperti ini,'' katanya.
Obama membisu isu serangan ke atas Gaza
Perbanyakkan Qunut Nazilah Untuk Palestin !
Amalkan di dalam solat hajat atau termasuk solat fardhu pada rakaat terakhir.
Untuk mengetahui sejarah pelaksanaan Qunut Nazilah, anda boleh membaca dihttp://pakngah70.blogspot.com/2006/07/ulul-albab-qunut-nazilah-bantu.html
http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/gate.html?name=Forums&file=viewtopic&t=216
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan merekaPecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasaWahai tuhan yang bersifat murkaYa Allah Ya Allah Ya AllahWahai Tuhan yang menurunkan Kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awanWahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzabKalahkan mereka Kalahkan merekaKalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Catatan: Selepas solat, boleh ditambah lagi doa-doa untuk umat Islam dan para Mujahidin diseluruh dunia yang sedang menghadapi tentera Salib dan sekutunya dikalangan Munafiqin dan Murtaddin. Masukkan nama-nama para pengkhianat ummah seperti Mahmud Abbas, Husni Mubarak dan lain-lain serta pemimpin-pemimpin Amerika dan Israel. Berdoalah di dalam bahasa Melayu sekalipun (selepas solat) jika tidak mampu didalam Bahasa Arab, Allah memahami doa kita.
