Petang ini aku lemparkan pandangan
Pada langit yang tak berawan
Di kanvas langit itu aku lukiskan rindu
Rindu untuk menggapai syahid
Aku iri pada mereka
Berjuang bermatian demi sebuah cita-cita
Membebaskan Al-Aqsa dari tangan yahudi la’natullah
Aku hanya dapat mendengar dan membaca berita
Walaupun jarak kita hanya seberang
Namun belum rezeki kita bertemu
Aku tidak tahu apakah akan terjadi padamu hari mendatang
Yang dapat aku lakukan hanyalah berdo’a
agar engkau diberikan ketabahan dalam berjihad
Akhi.. Petang ini aku menangis lagi
kerana hanya do’a yang dapat aku lantunkan untuk kalian
Namun rindu itu tetap aku lukiskan
di kanvas langit tak berawan ini
Moga rindu ini menjadi kenyataan
Untuk solat di Masjidil Al-Aqsa
Suatu hari nanti
Ya, suatu hari nanti.
Ahmad Ulwan Hassim
Hayyu Asyier,
Madinatu Nasr,
Mesir.
Nota : Video ini adalah suasana "Perhimpunan Sejuta Rakyat Bersama Perpaduan Negara dan juga sempena sambutan pra Hari Nakbah" yang sempat saya hadirinya di medan Tahrir Jumaat lalu.
0 Comments Received
Post a Comment