Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.


Malam pertama ............






Malam itu ialah MALAM PERTAMA








MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan?Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

"Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamunanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yangsangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orangyang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itukita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), danketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu padamalam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yangakan terjadi padamu di sana?

"Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampuyang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagaimakanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi padakeesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelamgelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yangkita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yangsempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kitamahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlahsentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kuburdi rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liangkubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal daningin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapatberbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."(Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan kedunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaimdidapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadahdan bertaqwa kepada Allah!Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dansakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkahengkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akanhausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkaumenangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkankenikmatan para penikmatnya.
Oleh itu, carilah(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya."Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"