Sama-sama kita tunaikan tanggungjawab kita semua sebagai ahli PMRAM
Satu Fikrah Satu Amal,
Kita PMRAM
Muktamar Sanawi PMRAM dan Calon Pilihan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau dikenali dengan singkatan PMRAM adalah merupakan satu-satunya persatuan kebajikan yang menaungi mahasiswa/i Malaysia dan Asia Tenggara di bumi mesir ini.
Tahun 2010,menjelang Muktamar Sanawai PMRAM kali ke 77 pada 10 april 2010 merupakan tahun yang bakal menyaksikan pilihan raya umum akan diadakan bagi memilih pucuk pimpinan PMRAM di peringkat pusat sejak jawatan YDP PMRAM ditukar kepada Presiden PMRAM .
Maka diharapkan kepada semua ahli PMRAM yang telah layak untuk mengundi menjalankan tanggujawab mereka untuk memilih calon Badan Pengurus PMRAM yang dapat merealisasikan misi dan visi PMRAM.
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah memutuskan beberapa ketetapan berikut :
1. Malam Ta'aruf Calon kepimpinan PMRAM 2010 (MTC 2010) :29 Mac 2010(Isnin) bertempat di Rumah Selangor, Hayyu Asyier jam 7.45 malam
2. Hari semakan daftar pemilih : 28 Mac hingga 1 April 2010 ( Rabu – Sabtu )
3. Hari calon berkempen : 29 Mac hingga 8 April 2010 ( Isnin – Khamis )
4. Hari dan tempat mengundi : Pada 10 April 2010 cuma tempat membuang undi akan dimaklumkan kemudian
Calon Pilihan
BIODATA
Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT 2010.
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON
2. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu gerak kerja (ada pengalaman bekerja bersamanya)
3. Seorang hafiz al-Quran (30 juzu')
4. Merupakan salah seorang AJK komuniti HPA Kaherah,advantage dalam penjanaan ekonomi.
5. Skill berucap yang menarik dan menenangkan.(menaikkan semangat pemuda dari dalam)
6. Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
7. Paling penting yang ana rasakan,beliau adalah pejuang kelahiran "tarbiyah" sejak dari Tanah Air.
Anda pasti tidak akan kecewa,InsyaAllah..
Satu Fikrah Satu Amal,Kita PMRAM
p/s: sedang mencari penaja untuk Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77,sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi ana melalui emel ana ulwan_ganu@yahoo.com
Penawar Perkara Negatif
Kebanyakan orang kata untuk berjaya kita mesti berusaha. Kita mesti rajin. Kita mesti mempunyai sikap orang cemerlang. Kita mesti fikir positif. Persoalannya bagaimana?
Kita selalu lihat bagaimana seorang yang ketagih rokok yang sudah berhenti merokok bertahun lama akhirnya tewas dan menghisap rokok semula. Kita juga sering melihat bagaimana seorang yang telah insaf melakukan kejahatan, akhirnya melakukan kejahatan kembali.
Penagih dadah yang telah pulih akhirnya hisap dadah kembali. Yang futur dalam perjuangan bagaimana pula?
Masih lagi ana ingat kata-kata seorang pensyarah yang merupakan sahabat kepada mak ana ketika ana melawat rumahnya suatu ketika dahulu, bahawa manusia biasa seperti kita mempunyai 80% fikiran negatif. Kita tidak mampu membuangkan dengan hanya berfikir positif.
Dengan berfikiran positif, fikiran negatif tetap ada. Namun disebabkan kita mampu berfikir positif setelah kita hadir ke kem-kem motivasi, setelah penagih dadah dirawat, setelah menghadiri program tamrin atau di nasihati oleh sahabat, fikiran positif menjadi dominan dalam diri dan membuatkan kita berubah.
“Kita mesti sentiasa berfikiran positif”
Namun persoalannya, sejauh mana kita dapat menahan dominasi fikiran positif ini sedangkan fikiran negatif masih ada dan sentiasa memberontak untuk cuba menguasai minda kita?
Dan fikiran negatif ini sentiasa meningkat dari hari ke sehari kerana kita lebih banyak berfikir negatif Akhirnya kita gagal kekal dengan perubahan yang kita lakukan.
Apa yang diajarkan oleh barat, kita mesti sentiasa berfikir positif seperti juga pakar-pakar motivasi di negara kita syorkan. Jika kita mampu berfikir positif kita akan mampu menjadi cemerlang. Ya, ia berkesan. Tidak dinafikan.
Namun berapa ramai yang mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Sekali lagi ana ingatkan, fikiran negatif sentiasa ada dalam diri kita. Kita mempunyai 80% fikiran negatif dan ia sentiasa ditambah dengan fikiran negatif baru hari demi hari. Seperti yang dikatakan, ia adalah fitrah manusia.
Maka bagaimana untuk mengekalkan perubahan baik yang kita lakukan?
Jawapan mudah adalah dengan membuang fikiran negatif. Membuangnya menjadi zero adalah mustahil kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya banyak dengan fikiran negatif setiap hari. Namun kita boleh kurangkannya.
Lalu persoalannya BAGAIMANA?
Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah,inilah salah satu nasihat yang ana terima daripada seorang sahabat yang bernama Isa yang berasal daripada negara Rusia minggu lalu.
Beliau kata ,percayalah bahawa jika kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah bukan hanya di dalam solat dan doa sahaja namun sepanjang masa walau apa pun kita lakukan dan bukan hanya di dalam keadaan memohon sahaja, Allah akan buangkan fikiran negatif kita.
Inilah katanya yang menjadi kekuatan kepada beliau dalam menghadapi ujian kehidupan yang sangat kacau-bilau di negaranya.
Komunikasilah dengan Allah walau apa jua perkara sama ada memohon, meminta, berkongsi cerita, berkongsi kejayaan, mengadu, dan sebagainya kerana Allah sentiasa dekat dan sangat-sangat hampir dengan kita. Allah adalah peneman yang Maha Setia yang sentiasa ingin mendengar cerita-cerita dari hambaNya.
Hidup lebih tenang. Apa yang dihajati, insyaALLAH dikurniakan Allah, dan perasaan sayang, cinta dan kasih pada Allah sentiasa bertambah dari hari ke sehari.Komunikasilah dengan Allah setiap saat. Inilah dia rahsia motivasi dan perubahan yang kekal.
Kepompong itu Ujian Sebenarnya..
Ada seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu-kupu, suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. Lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu- kupu itu.
Beberapa ketika selepas itu, kelihatan kupu-kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu..
Kemudian kupu-kupu itu berhenti daripada meneruskannya, kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.
Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya, dia mengambil sebilah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.
Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya, namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayapnya berkerut, orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap kupu-kupu itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu.
Namun, semua harapannya itu hampa…
Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayapnya yang berkerut, dia tidak boleh terbang.
Sifat baik yang tergesa-gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu-kupu tersebut.
Lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu-kupu tersebut mengalir ke sayapnya. Maka dengan cara itulah kupu-kupu tersebut boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.
Sebenarnya begitu juga dengan falsafah ujian dalam kehidupan,ia adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita, jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan itu mungkin akan melumpuhkan kita.
Kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan.
Ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang berada di Malaysia melontarkan pelbagai persoalan kepada ana mengenai mesir.
“Wan,kenapa nta belajar kat Mesir,bukan ker Mesir tu kehidupannya susah,naik bas sardin la,perangai arab yang kasar…”
“Boleh ker nta belajar kat mesir dengan kehidupan yang banyak cabaran dan ujian macam tu..?”
Dan banyak lagi persoalan yang dilontarkan,tapi bagi ana mungkin itu persoalan dari kalangan mereka yang tidak pernah merasai kehidupan di Mesir dan mereka berhak untuk melontarkan persoalan dan ana hargai persoalan yang mereka lontarkan.
Namun falsafah hidup ana,ana lebih gemar hidup dalam keadaan yang mencabar dan mempunyai banyak ujian daripada hidup kesenangan dalam kebinasaan, terutamanya dalam kita menuntut ilmu,masakan tanpa ujian bagaimana mahu menjadi manusia yang hebat?
Sedangkan alim ulama’ zaman terawal mereka menghadapi pelbagai ujian dalam perjuangan mereka menuntut ilmu dan dalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.
Tanpa halangan dalam perjuangan kita mungkin tidak dapat ‘terbang’.
Kadang-kadang tuhan tidak memberi yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita.
Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..gunakan sebaiknya segala nikmat yang Allah taala kurniakan kepada kalian semua.
Bukannya Mudah.
Petang tadi sahabat ana Amin ada menanyakan ana tentang satu persoalan,apa yang dimaksudkan dengan falsafah bersetuju untuk tidak bersetuju,yang pernah ana ungkapkan sebagai penutup entry ana sebelum ini.Pelbagai andaian yang telah diandaikan.
Bersetuju untuk tidak bersetuju atau dalam bahasa Inggeris disebut “Agree to disagree” adalah satu frasa yang mungkin pernah didengari tetapi sukar sekali untuk dihayati atau dibudayakan dalam kehidupan seharian.Mujurlah catatan dalam diari ana dapat mengingatkan ana kembali hal ini.
Ana mula mengetahui mengenai frasa ataupun falsafah ini sewaktu mengendalikan sebuah program di Tanah Air suatu ketika dahulu.Ana mendapat penerangan yang panjang lebar tentang frasa ini daripada seorang sahabat.
Ana masih ingat lagi ingat kata-kata sahabat tersebut. Katanya, “Dalam berjemaah, sudah pasti akan ada nanti perbezaan pendapat sesama ahli atau mainboard dalam membuat sesuatu keputusan. Di sinilah letaknya kebijaksaan setiap ahli dan pemimpin untuk menguruskan perbezaan pendapat tersebut dan budaya bersetuju untuk tidak bersetuju mungkin boleh dijadikan amalan untuk dipraktikkan.”
Alhamdulillah, Ana berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja-kerja jemaah sejak berada di Tanah Air lagi. Jadi, bermula daripada sinilah ana cuba belajar pelbagai perkara yang InsyaAllah mematangkan ana dalam kehidupan. Antaranya adalah menguruskan perbezaan pendapat.
Ana akui sememangnya bukan mudah untuk mendapat pandangan yang sentiasa sealiran kerana manusia dikurniakan oleh Allah swt akal fikiran yang mana setiap manusia itu berbeza-beza pola dan corak berfikirnya. Lebih menariknya, setiap pendapat yang diberikan itu disertai dengan pelbagai alasan dan hujah bagi menguatkan lagi pendapat tersebut.
Ana berpandangan dalam konteks kita berjemaah @ berpesatuan, setiap keputusan yang telah diambil setelah mengambil kira dan menganalisa semua pendapat yang diberikan harus dihormati kerana apa yang lebih penting adalah visi dan misi organisasi tercapai.
Sememangnya, setiap pendapat yang diberikan oleh setiap individu adalah apa yang diyakininya sebagai benar dan sudah semestinya akan wujud perasaan kecewa apabila pendapatnya tidak digunapakai. Dan di sinilah budaya bersetuju untuk tidak bersetuju sangat penting untuk dihayati dan dipraktikkan.
Bersetuju atas pendapat yang diambil demi kepentingan organisasi sedangkan hakikatnya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Sungguh, memang mudah untuk mengatakan tetapi tidaklah pula mudah untuk diamalkan apatah lagi jika melibatkan persoalan prinsip, maruah dan kehormatan.
Walau bagaimanapun, ana juga berpandangan semua orang bebas dan berhak mengemukakan pendapatnya yang tersendiri dan wajar dihormati oleh orang lain kerana itulah budaya ilmu dan masyarakat bertamadun. Sebijak mana sekalipun pandangan dan hujahan yang dikemukan, ia masih lagi terbuka untuk diperdebatkan.
Oleh sebab itu, ana cuba sedaya upaya belajar untuk mengambil sikap terbuka dalam mendengar apa sahaja pendapat, pandangan atau hujah yang diberikan bagi meraikan pendapat yang dikemukan dan tidak semestinya ana harus bersetuju dengan semua pendapat tersebut.
Bagi menentukan bersetuju atau tidak bersetuju itu bergantung kepada diri ana sendiri selepas menggunakan kekuatan akal fikiran untuk berfikir, merenung dan menganalisa sambil memohon petunjuk Allah swt. Maaf jika selama ini ada yang menganggap ana seolah-olah tidak menghormati pendapat orang lain,kerana ana cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan budaya ini.
Perkara yang sulit itulah yang apabila berjaya dipraktikkan merupakan suatu nikmat.
p/s : malam sudah semakin larut,tapi kenapa mata nie masih lagi tak dapat memejamkan kelopaknya…huhu
Belajarlah daripada Kanak-kanak
“Ke garisan.. Sedia,, Pretttt!”. Lantas, kempat-empat ‘askar’ kecil memecut laju. Cuma Ewan sahaja yang tak memecut langsung.. Kaku di garisan.
“Ewan. Apasal tak lari?”. Aku bertanya ringkas. Sambil mengusap-usap kepala ‘botaknya’.
“Kenapa kena lari?”. Ish.. Pelik juga soalan ni..
“Ni kan lumba lari..? Mestilah kena lari..”. Ewan diam. Angguk pun tidak. Geleng kepala pun tidak.. Aku ‘blurr’. Faham ke buat-buat tak faham nie?
“Ok.. Jom kita lumba semula ye.. Tadi tak ‘aci’.. Ewan tertinggal.. Mari sini sayang..”. Aku mengarahkan empat orang ‘askar’ kecil yang baru pulang dari garisan penamat. Masing-masing termengah-mengah..
“Ewan tak nak..”. Keluh Ewan dengan muka sedih.
“Ewan tak nak lumba lagi..”
“Ewan.. Kenapa ni? Jomlah.. Tak bestlah Ewan tak ikut..”. Syahirah memujuk sepupunya.
“Ewan tak suka.. Ewan kecik. Mestilah kalah..”. Ooo. Nak menang rupanya.. Budak kecil macam Ewan pun ada perasaan ‘kecik hati’. Aku ketawa kecil.. Asyraf senyum sehinggakan menampakkan giginya yang rongak.
“Haa.. Macam mana ni? Macam mana nak bagi Ewan menang kali ini..?”.Aku sengaja bertanya dengan empat orang ‘askar’ tadi. Kata orang, ‘ngetest’ je.
“Oh. Macam ni.. Macam ni.. Ewan lari dulu lepas tu kami semua ikut kat belakang..”. Cadangan ‘ikhlas’ dari Syahirah.. Tiga orang ‘askar’ lagi mengangguk patuh.
Aku biarkan sahaja mereka dengan ‘style’ lumba lari baru itu.. Si Ewan dengan wajah gembiranya berlari di depan dan empat orang lagi ‘askar’ menyusul ‘patuh’ di belakang.. Tak potong pun sampai ke garisan penamat!
Aduh..hati rasa disentuh seketika...
Anak-anak riang sekecil mereka kadang-kadang lebih faham makna ukhuwwah.. Lebih “BIJAK MENYUSUN RANTING UKHUWWAH” supaya jangan patah ,lalu kita semua bila-bila masa akan menjadi punah dan rosak. Hilang kekuatan dan hilang taring upaya!
Jangankan memenangkan pendapat orang lain, meraikan pendapat sekalipun sukar untuk diterjemahkan oleh orang besar. Aku masih berfikir.. Susah sangat ke? Mungkin.. Tapi, mungkin TIDAK bagi mereka yang ‘berjiwa besar’ seperti Syahirah. Win-win situation!
Kita jangan.. Jadilah seperti kanak-kanak. Belajar untuk meraikan orang lain!
Belajarlah dengan falsafah bersetuju untuk tidak bersetuju
Firman Allah swt di dalam surah Az-Zumar ayat 17-18 yang bermaksud:-
….berilah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mereka mendengarkan dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (Az-Zumar:17-18)