Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.

Seorang lelaki tertiarap di padang lapangan di bawah terik sinar matahari, dengan beg di belakangnya. Lalu sekumpulan orang menghampiri dan memeriksa keadaan lelaki tersebut. Meninggal! Mereka kemudian bersepakat membuka beg di belakang lelaki itu untuk mencari ’sesuatu’ yang boleh membantu untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Ternyata mereka semua memikirkan perkara yang sama – ANDAI BEG ITU TERBUKA SESAAT SEBELUMNYA, MUNGKIN LELAKI TERSEBUT TIDAK AKAN MATI SEPERTI INI.

Apakah isi beg itu?

Ternyata isinya adalah PARACHUTE (payung terjun). Parachute itu gagal terbuka pada saat lelaki itu melakukan terjunan. Memang amat menyedihkan. Parachute menjadi penentu keselamatan jiwa para penerjun payung.Jika parachute itu tidak terbuka maka nahaslah penerjun tersebut.

Dan… begitu jugalah hati kita. Hati hanya akan berfungsi jika dalam keadaan terbuka – open heart. Hati akan menjadi penyelamat.Nabi pernah bersabda:

Dalam badan kamu ada sejenis daging,jika baik daging itu maka baiklah badan kamu,dan jika buruk daging itu maka buruklah badan kamu seluruhnya.

Begitu juga dalam perjuangan,jika kamu tidak dapat menjaga hati kamu dari kekotoran dan kamu tidak dapat membuka hati kamu seluas-luasnya,dan apabila ditegur,dicaci.dihina kamu berasa lemah dan mudah tersentuh maka susahlah kamu untuk istiqamah dan menjadi mereka yang tabah dalam perjuangan.Masih lagi ana ingat kata-kata ayah ana zaman mula-mula ana kenal erti perjuangan,erti jemaah,erti usrah :

“ ingat hidup dalam jemaah ni bukan seperti kehidupan manusia biasa tapi kehidupan yang penuh dengan kesusahan dan ‘makan hati’.dan jika kamu mahu menjadi orang yang hebat salah satunya kamu mesti sentiasa hati terbuka dengan maksud kamu pandai ‘mengurus’ ujian ataupun cacian orang terhadap kamu (selepas diterjemahkan daripada bahasa ganu ^_^)

Kita akan menyerap petunjuk lebih mudah, menerima hidayah lebih mudah dan berperilaku lebih mulia jika kita menjaga hati kita daripada dosa dan kekusutan.

Jangan biarkan hati tertutup dengan kekotoran, yang akan kian menebal jika tidak segera dibersihkan,bagaimana mahu bersihkan hati?ana rasa korang semua lebih arif daripada ana dalam hal ini.

Bersihkanlah hati kamu daripada kekotoran kerana pada keadaan tertentu, kotoran hati tidak dapat dibersihkan dengan hanya sekali dua kali cucian! Kotoran hati tersebut sudah menjadi bahagian dari perilaku dan sikap sehari-hari manusia.

Oleh itu:-


Perhatikanlah hatimu kerana ia akan menjadi fikiranmu!
Perhatikanlah fikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu!
Perhatikanlah perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu!
Perhatikanlah perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaanmu!
Perhatikanlah kebiasaanmu kerana ia akan menjadi karaktermu!
Dan, perhatikanlah karaktermu kerana ia akan menjadi pandangan manusia terhadap kamu!

Semuanya kembali kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri apa yang akan terlintas dalam hati kita pada saat ini. Kerana kalau bukan diri sendiri yang bertanya, lalu siapa lagi? Tak mungkin orang lain,bukan?Tepuk dada Tanya iman.Banyakkanlah muhasabah diri agar kita tahu dimana nilai kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai pejuang agama Allah S.W.T.

Ini sekadar pandangan ana yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan,mungkin ya atau tidak, jika anda merasakan pandangan ini salah anda boleh melemparkan pandangan ini sejauhnya dari fikiran anda sekalian,akan tetapi jika saudara/i mempunyai pandangan yang berbeza pintu muzakarah dibuka seluas-luasnya untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting ialah untuk kebaikan Islam itu sendiri.

"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"