Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Sudah hampir dua bulan ana tidak mencoretkan sesuatu didalam blog yang tercinta ini.Mungkin peralihan cuaca menyebabkan semangat untuk menulis semakin hari semakin luput dalam diri ini.Ramai sahabat yang bertanya kenapa sudah lama tidak mengupdate blogini.Salah satu sebabnya ana akui semangat untuk menulis yang sebelum ini wujud dalam diri ini semakin hari semakin terhakis,faktor terhakis ana sendiri tidak dapat pastikan.

Ana juga sebenarnya sengaja meng’hilang’kan semangat dalam diri ini untuk menulis kerana faktor ‘rumah’ baru yang baru sahaja ana tinggal menyebabkan ana mengambil keputusan untuk meng’hilang’kan seketika semangat menulis yang sememangnya sudah semakin hilang dalam diri ini.Hal ini kerana ana mahu menyesuaikan diri dengan ‘rumah’ baru ini dan ana tidak mahu penulisan ana mempengaruhi kedudukan ana didalam ‘rumah’ baru ini..’biarlah ana dengan diri ana’..faktor ini ana rasa tidak semua yang memahaminya(pada yang tidak faham tu buat la faham-faham yer)

Kini semangat yang semakin hilang tu samada sengaja menghilangkannya ataupun sudah memang hilang kini sudah kembali semula.Semangat untuk menulis semula dalam blog ini untuk menyampaikan da’wah dan pandangan dalam alam siber ini sudah kembali bertapak dalam sanubari ini.Kerana ana merasakan hidup ini tidak ada erti tanpa berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada manusia kerana ‘erti hidup kepada memberi’.

Bagi ana, dakwah sebenarnya perlu diperluaskan lagi dari segenap sudut kerana hadaf utamanya adalah untuk memahamkan manusia kepada Agama itu sendiri.Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam.

Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.

Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.

Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.

Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.

Menyedari hakikat itu semangat yang hilang kini sudah kembali pulih,bagaimana betapa semangatnya Sultan al-Fateh untuk membebaskan Kota Konstantinaple dari jajahan tentera Salib yang mengatur strategi diluar fikiran kita begitu jugalah semangat untuk kembali menulis berputik didalam diri ini,moga Allah taala memelihara semangat ini agar sentiasa Istiqamah dan diberi ganjaran oleh Allah taala.

Oleh itu ayuhlah,kita gunakan sebaik-baik mungkin medan siber yang ada ini untuk menyebarkan Islam,jangan kita menyempitkan dakwah islam.Moga segala usaha yang kita lakukan diberi ganjaran oleh Allah taala..Ameen..

"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"