Dibawah ini ada satu cerita buat renungan kita bersama...


Disatu perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah, Mesir baru-baru ini lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir dalam keadaan telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk memisahkannya, tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut sehingga orang ramai datang untuk memberikan pertolongan.


Akhirnya seorang penduduk mencadangkan agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah didoakan dan dijampikan oleh ulamak tersebut, maka telapak tangan bayi tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang menghairankan berlaku iaitu sebaik sahaja telapak tangan itu dibuka, terpamparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1) di telapak tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud:


"Telah hampirlah saat itu (hari kiamat)".


Orang ramai yang hadir pada masa tersebut mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh Allah SWT, selagi ada kesempatan yang iberi.


Oleh itu sahabat-sahabat sekalian,suka ana untuk memperingatkan kepada kita supaya kita sentiasa memperkemaskan diri kita untuk menghadapi hari tersebut dan untuk bertemu Allah s.w.t..


Moga-moga kita menjadi orang yang beruntung di akhirat kelak.Perkara ini mungkin sudah selalu korang dengar,cuma ana ingin sekali lagi memperingatkan kita semua termasuk diri ana sendiri seorang MUSAFIR yang sentiasa alpa,sentiasa leka dengan urusan dunia walaupun sedang kita melakukan kerja -kerja dakwah sekalipun kita alpa untuk memperingati perkara sebegini.Oleh itu penting bagi kita untuk sentiasa memperingati sama-sama kita sekalian kerana kata nabi


"Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu baik untuk orang mukmin"


"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"