Untuk entry kali ana nak ajak sahabat-sahabat sekalian agar kita sama-sama renung dan muhasabah diri kita masing-masing dalam kita melakukan kerja-kerja jihad merintis khilafah yang hilang.


Cuba korang ambik masa sekejap duduk sendirian,beruzlah seketika,sebaik-baiknya sebelum tidur,korang cuba tanya diri masing-masing pada hari ni apa yang telah kita lakukan untuk ISLAM,apa yang telah kita lakukan untuk buktikan bahawa kita ni pendokong agama Allah,kita mengaku bahawa mahu memasuki syurga Allah, cintakan rasulNYA,cuba senaraikan apa yang telah korang lakukan untuk buktikan semua itu.


Setelah korang senaraikan segala apa yang telah korang lakukan untuk ISLAM hari ni ,cuba senaraikan banyak mana perkara yang korang lakukan untuk ISLAM benar-benar bersungguh-sungguh ,berstrategi dan telah mengaplikasikan ayat 4 surah as-Saf yang apabila dalam usrah korang berapi-api mensyarahnya:

4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (as-Saf.4)

Setelah itu senaraikan juga kerja-kerja yang korang lakukan adalah benar-benar kerana ALLAH tanpa ada sedikit pun “ma siwallah”(selain Allah) walau sebesar zarah.BUKAN kerana pangkat,nama,perempuan dan sebagainya.


Setelah selesai korang muhasabah semua kerja-kerja yang korang lakukan ,cuba tanya diri masing-masing..dengan natijah tu layakkah kita menempah syurga Allah diakhirat kelak yang Allah sifatkan didalam surah Muhammad penuh dengan nikmat:

"Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air Yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu Yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak Yang lazat bagi orang-orang Yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu Yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam syurga Yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam neraka dan diberi minum dari air Yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)!" (Muhamad .15)

Ataupun sekadar angan-angan yang tidak membuahkan sebarang hasil yang menguntungkan.Atau hanya kerja yang menyebabkan kita menyesal diakhirat kelak.Tepuk dada Tanya iman kita masing-masing.


“APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI”