Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.

Suatu mesyuarat yang ana hadiri sepatutnya sudah bermula 20 minit lalu. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang bayang atau tanda-tanda bahawa mesyuarat akan bermula dalam masa terdekat.

Hal seperti ini bukan lagi sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat kita. Malah, tidak salah jika ana katakan bahawa amalan tidak menepati masa sudah menjadi norma dan budaya rasmi bangsa yang bergelar Melayu.

Selalu juga ana dipanggil ataupun menetapkan sesuatu mesyuarat pada sekian-sekian masa. Sebagai seorang yang pelupa, ana akan mencatat peringatan pada telefon bimbit ataupun didalam diari bagi memastikan ana mampu berada di tempat mesyuarat sekurang-kurangnya tepat pada waktunya.

Lima belas minit akan berlalu tanpa sesiapa yang lain hadir. Kemudian, akan muncullah seorang-dua sambil masih rancak berbual.

Dahulu, ana akan terus bersabar sambil berfikir, “Ana sudah sabar menunggu selama 45 minit; maka biarlah tunggu sehingga mesyuarat bermula,sabar...”(berusaha untuk memujuk hati ini)

Akan tetapi, mesyuarat biasanya tetap tidak akan bermula!

Si pengerusi mesyuarat akan ada sesuatu untuk dibualkan bersama-sama rakan-rakan yang turut menghadiri mesyuarat. Manakala orang lain yang hadir sama juga akan ada pelbagai kisah untuk dikongsikan.

Mungkin 30 minit kemudian, barulah mesyuarat akan bermula. Itupun bukan sebuah mesyuarat. Sebaliknya hanya suatu sesi berbincang dan berbual secara tidak profesional.

Bayangkan:. Sesiapa sahaja boleh berbincang apa sahaja. Pengerusi mesyuarat akan membiarkan sahaja kerana dia sendiri tidak ada sebarang perancangan. Ternyata dia tidak tahu makna “mesyuarat”.

Keadaan ini belum lagi ditambah dengan pengerusi menyuarat menerima panggilan telefon, individu yang menghadiri mesyuarat mengirim SMS, ada beberapa individu masih meneruskan perbualan yang tidak pernah selesai, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk sesuka hati, pengerusi mesyuarat menelefon seseorang yang tidak hadir untuk bertanya sesuatu … dan senarai ini tidak akan tamat sebenarnya.

Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa mungkin ada individu yang lewat sedikit (atas alasan tersendiri). Bagaimanapun, bagi ana, adalah tidak wajar dan tidak adil untuk membuatkan individu yang datang tepat pada masa terpaksa menunggu semata-mata kerana ada pihak yang tidak menepati masa,setuju atau tidak.. its up to you..

Jom kita tepati masa..Kepada mereka yang mengaku sebagai pejuang agama Allah,ana rasa golongan ini sering dengar kata-kata daripada as-Syahid Imam Hasan al-Banna

“Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang ada”

So..Kenapa kita seolah-olah masih tidak tahu untuk menghargai masa yang ada..jika kita tidak pandai untuk menghargai masa kita sendiri,belajarlah untuk menghargai masa orang lain yang masih banyak taklifat yang perlu dilakukan.

Mungkin sahaja ana bersikap terlalu idealistik. Demikian juga komen yang biasa ana terima daripada sahabat-sahabat. Bahawa ana mengharapkan sesuatu yang mustahil dan ada mengatakan “Wan,releks la sama-sama sendiri kan..”

Bagi ana, apalah gunanya kita menetapkan masa jika ia hanya ana naqalkan kata-kata seorang sahabiah seperjuangan sebagai “cadangan” (suggestion) dan bukannya “ketetapan” (confirmation).

Misalnya, kita membuat temujanji (atau janji temu?) bersama seseorang. Pada tarikh dan masa yang ditetapkan, orang itu mungkir janji. Apabila dihubungi, kita dimaklumkan bahawa orang itu terlalu sibuk dengan kerja lain sehingga “terlupa” tentang janji untuk bertemu.

Memanglah kita sedar dan mengakui bahawa orang itu amat sibuk. Itulah sebabnya kita membuat temujanji untuk bertemu dengannya pada sekian-sekian masa dan sekian-sekian tarikh.Kepada orang seperti itu ana sarankan untuk belajar memahami apa yang dimaksudkan dengan temu janji.

Ana juga sudah lama tidak menghormati mana-mana individu yang tidak tahu menghormati masa. (Bukan tidak menghormati “masa” tetapi tidak tahu berpegang pada janji untuk “menepati masa”.)

Ayuh sahabat-sahabatku seperjuangan sekalian, kita ubah sikap kita selama ini.Ingat ! perjuangan yang kita lakukan ini bukan perkara yang boleh dibuat permainan tapi kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dan orang-orang yang terdahulu cuma sama ada kita sedar atau tidak hakikat ini.Tepuk dada tanya iman masing-masing,

Banyakkanlah muhasabah diri agar kita dapat menilai tahap diri masing-masing dan banyakkanlah mengadu kelemahan kita dihadapan Allah.Jaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia.

Semua yang ana luahkan ini tidaklah bermaksud untuk menghina atau menjatuhkan sesiapa tapi sekadar untuk kita semua renung dan fikir hakikat yang berlaku sekarang,moga gerak kerja kita mendapat keberkatan daripada Allah dan juga lebih sistematik kerana kata seorang sahabat nabi :

“ Kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistematik”

Ini sekadar pandangan ana yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan,mungkin ya atau tidak, jika anda merasakan pandangan ini salah anda boleh melemparkan pandangan ini sejauhnya dari fikiran anda sekalian,akan tetapi jika saudara/i mempunyai pandangan yang berbeza pintu muzakarah dibuka seluas-luasnya untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting ialah untuk kebaikan Islam itu sendiri

"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI".