KEARAH PERUBAHAN, MENULIS SEKADAR MELUAH
Ana menulis bukan untuk impress tetapi just to express. Ana perlu tegaskan kenyataan ini kerana ada yang kurang senang dengan apa yang ana zahirkan di blog yang tidak seberapa ini. Ana tiada kuasa untuk memaksa sesiapa sahaja untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang ana tulis.

Ana menyedari hidup ini dan diri ini bukanlah sempurna malahan ada kelemahan dan cacat celanya yang diperbaiki dari semasa ke semasa mantelahan ada yang ana sendiri terlepas pandang juga.

Ana bersyukur jika ada yang tidak bersetuju sekurang- kurangnya ana berjaya membawa pembaca berfikir dan akhirnya mereka menzahirkan buah fikiran mereka sendiri. Tetapi janganlah membangkang atau membuat satu kenyataan tidak bersetuju secara melulu. Kita punya akal kurniaan Allah maka gunakanlah minda ini dengan sebaiknya.

Percanggahan pendapat antara kita sebenarnya membawa kekuatan dan memperluaskan pemikiran. Hikmah inilah yang membawa ana menggemari perdebatan dan medan diskusi.

Mungkin pendapat yang ana lontarkan ini terlalu tegas sifatnya, datang pula satu percanggahan pendapat mungkin sifatnya lebih lembut dan sederhana yang lebih ideal dan sesuai dengan keadaannya. Maka itulah yang ana harapkan.

Menulis kerana menzahirkan sesuatu bukan untuk dipuji tetapi mengharapkan perkongsian ramai yang boleh menjernihkan pemikiran kita di samping menggalakkan diskusi ilmiah yang terkehadapan. Alangkah indahnya diskusi ini membawa manfaat kepada ana dan sekalian ikhwah justeru membawa pulangan yang beharga buat kita semua.

Percanggahan pendapat malangnya lebih kerap membawa kepada suasana yang mungkar. Akhirnya tidak bertegur sapa kerana kurangnya sabar. Yang akrap jadinya taksub dan ego dengan idea dan ketetapan diri menolak pandangan lain.

Dalam persatuan juga berlaku sehingga membawa kepada perpecahan. Malahan hal ini merosak dan membawa musibah sehingga kepada agama kita. Padahal jika kita menghayati konsep syura, percanggahan pendapat ini akhirnya membawa kepada penglahiran satu idea yang jauh lebih kuat kerana kelemahan diatasi dan kekuatan disepadukan. Apakah kita masih ego membawa satu pendirian secara sendirian dan membelakangkan jemaah?

Harapan ana moga diskusi ilmu dan percanggahan pendapat yang membawa baraqah dan menyatukan kekuatan akan muncul dalam setiap yang ana lalui. Teguran, kritikan dan nasihat sahaja bagi ana yang mampu membawa perubahan dalam diri ini menjadi seorang insan yang baik.

Pujian dan kata- kata manis mungkin tidak lagi sesuai untuk ana. Ianya hanya bicara yang melemahkan malahan tidak mungkin membawa perubahan tetapi lebih membawa kemusnahan barangkali kerana mengukuhkan ego dan sombong dalam diri.

Ana mengenali siapa diri ini yang sebenarnya,adapun pujian yang dilontarkan hanyalah sangkaan sahabat-sahabat terhadap diri ana,akan tetapi hakikatnya ana sendiri yang mengetahui siapa diri ana yang sebenar.Kata Ibn Attaillah dalam Hikamnya:


"Manusia-manusia memujimu kerana apa yg mereka sangka ada padamu, maka jadilah engkau pula mengeji dirimu kerana apa yg memang engkau tahu mengenainya."

Inilah perjuangan dan jihad dalam diri.Jihad yang harus ana pegang bermula sekarang adalah untuk mengubah diri ini. Menjauhi dari sifat- sifat mazmumah dan kekosongan itu harus ada segera gantinya dengan berlapang dada dan sikap toleransi.

Akan tetapi jiwa yang mahu berubah ini kadang-kadang leka dengan dunia yang sementara dan jiwa ini kembali terasa kosong.Akan tetapi ana bersyukur kerana jiwa yang kosong ini akan terasa terisi kembali jika mendengar kalam-kalam Ulamak samada ana mendengarnya sendiri di Masjid al-Azhar dan Madhyafah ataupun ana mendengarnya didalam lattop yang tersayang ini.

Alhamdulillah jiwa ini terasa terisi kembali…

p/s:mohon kemaafan jika posting kali ini adalah sekadar dianggap bebelan dan bukannya ilmiah..InsyaAllah untuk posting yang akan datang berbentuk Ilmiah kerana untuk membuat posting yang ilmiah ia memerlukan sedikit masa,oleh kerana minggu ini ana sedikit sibuk dengan program HIKMAT yang x lama lg, jd ana x sempat nk buat posting yang berbentuk Ilmiah..mohon ampun..