Sentiasa murah dengan senyuman
Sungguh,
Jika rindu dan cinta kerana Allah tak mampu untuk aku nyahkan,
Bukan rindu seorang makhluk kepada makhluk yang menyebabkan mereka dihina oleh allah,
Bukan cinta insan kepada insan yang mendatangkan bala daripada Allah,
Tapi rindu dan cinta yang menjadi senjata rahsia kepada sesebuah gerakan Islam,
Rindu dan cinta yang disimpulkan sebagai Ukhuwah Islamiyyah
Terima kasih sahabatku,
Atas nukilan ringkas yang antum nukilkan sempena sanah helwah ku pada 22 Disember yang lepas,

Sungguh,
Ketika ku membaca nukilan ringkas yang datang dari hati yang ikhlas,
Ikhlas hati seorang pejuang,
Tanpa ku sedari aku semakin rindu dan cinta dengan simpulan yang terbina selama ini,
Simpulan yang menyebabkan kota konstantinople berjaya ditawan,
Dengan simpulan itu juga Islam dapat berkembang ke seluruh pelusuk dunia,
Moga ia terus kekal sahabat.

Maaf sahabat kerana sekarang baru sempat untuk menatap nukilan yang antum nukilkan.


SALAM HELWAH BUAT SAHABAT


Sayu terasa di hati kecilku ini,
Mengenangkan tentang perjalananku,
Serta amalanku sepanjang hidupku,
Memikirkan bekalan untuk di bawa ke hari esok,
Disembahkan kepada rabbul jalil,
Dimahkamah keagongan,yang tiada siapa lagi menghulurkan pertolongan,
Hanya bekalan ini sahaja mampu menyelamatkanku dari seksanya,
Kini masa berjalan tanpa mengenal erti kepenatan,
Berjalan dan terus berjalan,
Meninggalkan sesiapa yang tidak mengejarnya,
Beruntunglah mereka yang mengambilnya sengai guru,
Menjadikannya sebagai teman kehidupan,
Dalam menjalani susah payah,
Onak dan duri,
Dalam mengharungi gelora hati dan perasaan,

Aku menghulurkan haru kegembiraan hati ku ini,
Buat teman seperjuangan ku,
Telah kita lalui bersama,telah kita rasa bersama,
Dan telah kita harapkan bersama,
Supaya kehidupan ini mampu ditempuhi,
Dengan rasa hati yang terbuka dan fikiran yang aktif,
Ku harapkan segala ikatan yang terbina ini,
Mampu di eratkan lagi walaupun mata kita berjauhan,
Tapi hati ini mengharapkan redha mu,
Ya rabbul a'lamin.
Sanah helwah buat temanku,
Ahmad Ulwan bin Hassim.