Sejarah pernah melakarkan bahawa bandar Hama dan Halab adalah dua bandar yang pernah musnah teruk akibat serangan tentera pada tahun 1982. Kedua bandar ini dikepung ketika musim sejuk dan dibedil dengan dahsyatnya. Banyak kematian di pihak orang awam dan pejuang Ikhwan al-Muslimin di dua bandar ini. Kedua-dua bandar ini merupakan bandar yang banyak melahirkan para ulama Sunni zaman berzaman.

Ironinya politik negara Arab, tampuk kuasa politik dan ketenteraan Syria dikuasai dengan ketatnya oleh puak minoriti, iaitu Syiah Nusairi. Mereka asalnya penduduk pergunungan yang tidak sangat terdedah kepada pelajaran dan kemajuan, tetapi tokoh-tokoh dari kalangan mereka lah yang memang sedang berkuasa sepenuhnya di Syria. 

Ijma’ ulama Sunni telah menyatakan bahawa Nusairi bukan lagi ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.

Dalam lipatan sejarah, Syria merupakan sebuah negara di tanah purba yang majoriti rakyatnya adalah pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, bahkan ianya adalah bumi subur yang melahirkan ramai ulama yang terbilang dari dulu sehingga sekarang. Dalam lakaran sejarah, kita akan sebut dengan penuh kekaguman dan ta’zim kepada nama-nama besar umpama Imam Ibn Kathir, Imam Zahabi, Imam Ibn Taimiyyah, Imam Abdul Ghani an-Nablusi, Imam Ibn Arsalan, Imam Ibnu Qayyim dan ramai lagi.

Di Syria juga bersemadinya jasad-jasad pejuang yang sangat dicintai Rasulullah umpama Saiyyidina Bilal, Saiyyidina Abu Darda, Saiyyidina Khalid al-Walid, Saiyyidina Abu Hurairah. Tanah Syria juga terdapatnya kubur tokoh Islam umpama Imam Ibn Arabi, Sultan Salahuddin al-Ayubbi dan deretan nama-nama besar dalam lipatan sejarah ummah.

Sementara di zaman ini kita akan sebut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, Syeikh Said Hawwa, masyaikh dari keluarga Zuhaili, keluarga Syeikh Soleh al-Farfour, Syeikh Mustafa Siba'ie, Syeikh Abdullah Nasih al-Ulwan, Syeikh Muhammad al-Ya’kubi, Syeikh Ali as-Sabouni dan lain-lain tokoh yang begitu banyak.

Bagaimana kita dapat mengerti tanah yang begitu subur melahirkan para ulama tetapi telah dikuasai oleh golongan minoriti Nusairi? Tiadalah Allah menentukan sesuatu dengan sia-sia, mungkin ada asrar di sebalik semua ini. Wallahua’lam


Kita juga mengetahui sikap ulama Syria terbagai kepada dua; satunya golongan yang menentang penguasaan golongan minoriti Nusairi, kebanyakan mereka terusir dari tanah air mereka atau diancam oleh pihak berkuasa. Sementara satu lagi tidak mahu mencampuri urusan politik; mereka mahu menyampaikan ajaran agama kepada ummah dan mentazkiyyahkan jiwa ummah. Mereka mahu berada mengatasi kemelut kuasa. Untuk berada di kedua-dua pendirian ini adalah sesuatu yang sangat mencabar. 

Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya.

Antara punca berlaku revolusi di Syria mengikut apa yang telah dikongsikan oleh syeikh adalah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam bilangan seramai 28 orang bermain-main dan telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah " شعب يريد اسقاط النظام" (Rakyat mahu jatuhkan kerajaan).

Slogan ini adalah slogan yang telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku revolusi seperti di Mesir, Tunisia dan Libya, ia merupakan slogan keramat dan begitu ditakuti oleh pemimpin berkuku besi terutamanya pemimpin dunia Arab kini. Apabila kerajaan mengetahui berkenaan perkara ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak tersebut.

Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarga mereka telah menuntut mayat tersebut serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan.

Regim Basyar Asad La'natullah telah meletakkan syarat apabila mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dalam kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak regim Basyar Asad La'natullah. Perkara ini merupakan sesuatu yang begitu menghinakan, lalu berlakulah revolusi di Syria. Dan sehingga kini, regim zalim itu masih membantai dan menghirup darah-darah rakyat mereka yang inginkan regim zalim ini dijatuhkan.


Maklumat terbaru perkembangan revolusi rakyat di Syria, saat ini Ikhwan Muslimin Syria yang turut menyertai kebangkitan rakyat kini terpaksa memikul senjata bagi mempertahankan diri. Hal ini kerana mereka berhadapan dengan serangan dan keganasan tentera rejim Basyar Assad La'natullah yang mendapat bantuan khas tentera dari Iran, "Hizbollah" dari Lubnan dan Militia al-Mahdi Iraq (militan Syiah paling ganas di Iraq).

Mereka menamakan tentera 'SEJUTA' yang berlepas ke Syria semata-mata bagi membantu regim dari parti Baath Assad la'natullah memerangi kaum muslimin Sunni di sana.

Kita menantikan negeri Shams yang aman, yang akan menjadi tempat perlindungan kepada sebahagaian ummah dari kawasan lain yang berdepan dengan kekacauan. Negeri Shams akan kekal sebagai lubuk ilmu ahlu Sunnah. 

Dari ulama’nya kita memanfaatkan pencarian kita dalam memahami ajaran Islam. Tetapi saya sangat sedih dan pilu dengan keadaan negara-negara Islam lain yang hanya memejamkan mata melihat ribuan darah rakyat Syria dihirup oleh regim la’natullah ini.

p/s : Jom kita "like" page ini Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.