Dalam hidup ini kita, semua manusia meletakkan matlamat hidup samada jangka panjang mahupun jangka pendek tapi panas tak sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Apa yang selalu kita rancang tak semestinya tercapai. Kadang kala apabila satu-satu matlamat yang kita tetapkan sudah tercapai pada waktu itulah hidup kita tidak seperti dulu lagi yang tiada tujuan yang jitu dan tepat. Oleh dek sebab perkara remeh kita mudah putus asa di tengah jalan, kadang-kadang semangat kita tinggi menggunung dan kadang kadang rendah bak dasar lautan.


Begitu jugalah jikalau apa yang kita lakukan tidak mengikut matlamat asal yang kita aturkan maka hidup jadi serba tak kena, halatuju hilang dan tidak wujud lagi jati diri sebagai penganut agama Islam.


Semua benda kita lakukan hanyalah mengikut hawa nafsu yang tidak pernah beri petunjuk ke jalan yang lurus, kita sesat di tengah jalan dan disebabkan keegoan diri kita sendiri kita malu untuk meminta cahaya dari orang yang memiliki cahaya untuk terus berjalan dalam kegelapan dunia kita sendiri.


Kalaulah hidup ini semudah burung yang terbang bebas di langit tinggi sudah tentu mudah bagi kita tapi jikalau hidup semudah itu, sebuah kehidupan tanpa prinsip dan pegangan hidup sudah tentu kita semua akan berlaku tidak adil dan lupa pada sang pencipta yang memberi sehirup udara setiap saat.


Kita sebagai manusia sering lupa matlamat kita untuk hidup iaitu mencari secakir keredhaan, mencari segelas keberkatan dan seriba rahmat dari Allah Azawajalla. Ya Allah ampunilah dosa hamba Mu ni dosa ibubapa kami dosa sahabat kami dosa anak cucu kami dan dosa muslimin dan muslimat samada kecil atau besar, yang telah berlalu atau yang akan menyusul, yang terang mahupun yang tersembunyi……..Amin Ya Rabb.


p/s: ini merupakan penulisan yang diberikan kepada saya oleh seorang sahabat (dia minta dirahsiakan namanya) yang menyuruh saya menyiarkannya didalam blog ini,syukran diucapkan kepadanya kerana memberi kepercayaan kepada saya dan blog ini untuk menyiarkan penulisannya,moga semua dapat mengambil ibrah daripadanya..saya terbuka jika ada yang ingin berkongsi penulisannya melalui blog ini..kata ustaz hasrizal erti hidup pada memberi