Minggu lalu,seorang sahabat di Malaysia ada meluahkan perasaannya kepada saya mengenai ketidakpuasan hatinya kerana terpaksa mengikut dan hanya seperti lembu yang diikat hidungnya didalam sesebuah gerakan di kampus sedangkan dia ada idea dan berpengalamn untuk menjadikan gerakan kampus itu berjalan dengan lebih hebat dan kritikal.

Tidak hanya terikat dengan strategi yang lama dan gerakan yang begitu longlai dan tidak bermaya.


Bagi pihak saya hanya mampu menasihatinya sebagai ahli, kita mesti merendah diri untuk menawarkan diri ke dalam gerakan. Namun dari sudut pimpinan pula, mereka sepatutnya lebih-lebih lagi menyediakan satu pengurusan yang baik untuk menjaga ahli.

Maka tidak salah jika saya menyifatkan pimpinan yang tidak mencatur dan menyusun ahli dengan baik telah melakukan kesilapan yang besar berbanding dengan ahli yang tidak menawarkan diri.

Lantaran tindakan ahli itu menggambarkan personal dan individu, tetapi pimpinan menggambarkan kesungguhan gerakan dan juga sejauh mana kayu ukur pengurusan dan kepimpinan mereka.

Perkara itu mudah sekali untuk difahami dan bukannya suatu perkara yang complicated untuk difahami. Memposisikan orang mengikut kemampuan, itu memang adalah sunnah. Bukanlah sebab kerana Khalid al-Walid lambat memeluk Islam, maka beliau berada di bawah,malah beliau dilantik menjadi salah seorang panglima dalam Fathu Makkah.

Tidaklah kerana Jaafar bin Abu Talib yang tidak menyaksikan Badar, Uhud dan Ahzab, maka beliau tidak diberi ruang terbaik dalam peperangan.


kita mengkaji sejarah pembukaan Kota Konstantinaple pula ia di buka oleh seorang sultan yang masih berstatus anak muda iaitu Sultan Al-fatih,sedangkan ayahnya masih hidup dan bertenaga. Ini adalah kerana posisinya sesuai dengan kemampuannya.

Untuk mudah kita memahaminya saya datangkan satu contoh. Seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kepimpinan di sesebuah universiti, telah memahami selok-belok dalam soal pengurusan organisasi, maka mengapa orang sebegini tidak ditarik secepat mungkin untuk diposisikan dalam kedudukan yang sesuai dengan tahap kebolehannya.

Tidak semestinya jadi pimpinan atasan. Maksud saya, kedudukan yang sesuai dengannya. Mungkin sebagai core penggerak kepada sesuatu organisasi sesuai dengan kebolehan dan kepakaran yang dimilikinya.

Kenapa kita membazirkan masa dengan alasan mereka masih baru sehingga menyebabkan kita kekurangan tenaga yang mahir dan menjadikan gerakan itu layu dan longlai.Itu merupakan perkara yang merugikan dan tindakan yang kurang professional.


Kenapa longlai lagi layu. Antara sebab utama adalah, tidak menggunakan tenaga yang sudah terbiasa dengan tarbiah untuk menggerakkannya. Tidak semestinya menjadi ketua, tetapi prime mover, sesuai dengan kemampuannya.

Cuma nasihat saya, kita juga jangan suka salahkan orang. Jangan hanya fikir kita yang buat kerja Islam lantaran kita terlibat penuh dalam jemaah dan pegang jawatan dalam gerakan. Lantaran kita buat macam-macam program untuk gerakan tetapi hakikatnya jaguh kampung.


Moga sahabat saya berpuas hati dengan respon saya yang tidak seberapa ini dan minta maaf diatas kelambatan respon kerana masa yang tidak mengizinkan.