Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.


Pertamanya ana nak ucapkan Tahniah kepada semua pejuang-pejuang Islam yang sama-sama turun 1 Ogos lepas menyatakan kebencian kita kepada kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah walaupun difitnah dan dituduh macam-macam tetapi ingatlah, pejuang Islam tidak hiraukan nilaian manusia di dunia akan tetapi wahai sahabatku seperjuangan tanamlah keyakinan dalam jiwa kamu bahawa Allah taala akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang memperjuangkan

agamanya.Ameen..


Agak lama tidak meng'update' blog nie.. hari demi hari telah berlalu, hidup pula semakin susah,semakin banyak ujian yang Allah taala timpakan kepada diri ini..taklifat pula semakin bertambah..semakin kurang masa untuk duduk releks2..santai2.


Tetapi itu bukan lah hakikat yang diajar oleh Allah SWT kepada RasulNya yang tercinta, Muhammad bin Abdullah saw. Setiap hari Rasulullah saw berdakwah... tiada pernah berehat atau cuti... hari demi hari... merasa susah... Mengapa? hati ini tertanya-tanya, mengapa Rasul saw bersusah, bukankah dia kekasihNya?

Kini diri ini semakin memahami hakikat ini...

Semenjak sekarang, everyday, kena gi ke ” bukit Uhud”..everyday, except Friday and Saturday tu pon kadang-kadang kena pegi jugak kalau ader usrah ker atau mesyuarat tak campur malam lagi... huhu rasa penat.. rasa susah... tetapi rasanya manis... sebab kerana merasa susah... terbiasa dgn keadaan nie... which is... bagus... sebab dunia dakwah dan jihad fisabillah adalah dunia yang tiada kerehatan... rehat adalah apabila di dunia 'sana'.... di mana setiap pengakhiran telah pasti... ketika itu, segalanya telah berakhir...

Merasa susah tanpa berhenti, tanpa ada rehat utk perkara-perkara kecil... kerana impian dan tanggungjawab yang besar tidak memerlukan daie yang bersenang-senang... cita-cita daie itu besar... tugas yang berat... tiada masa lapang... inilah tarbiyyah dari langit... setiap yang berikrar utk menjadi daie pasti akan diuji... akan ditarbiyyah... utk persiapan atas tugas yang bakal dipikul... itulah sunnahtullah... simple as that...

Utk diri ini, merasa susah baru peringkat asas... bila dah lepas honours nie, tanpa ada rungutan baru lepas peringkat ini...tetapi.. bukan itu saja...diri ini dan anda adalah full-time muslim... kena lepas stage ni dulu... bila? tanyalah iman... tanyalah nafs al-hawa'... siapakah yang lebih kuat?


"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"