Pejuang bangsa ? -sekadar hiasan

Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada,saat dan ketika.


Rasanya hampir satu minggu lebih tak mengupdate blog ni..ramai sahabat-sahabat bertanya..apasal lama tak update blog..? di shoutbox pun ada yang bertanya..syukran kepada sahabat ku nasih ulwan kerana tertunggu-tunggu posting ana yang terbaru walau ana tahu pada hakikatnya setiap posting yang ana postkan bukannya hebat sangat akan tetapi sekadar luahan hati yang gersang penuh dengan kotoran dosa,hati yang sentiasa alpa dengan dunia akan tetapi hati ini berusaha agar sentiasa ingat kepada Allah dan kepada mati.


Sepanjang ana tidak mengupdate blog ni.sebenarnya seminggu ana perlu menghadiri kursus Kenegaraan yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara Jabatan perdana Menteri bagi persediaan mahasiswa ke luar Negara di Kem Desa Mahmood Pasir Mas Kelantan.Fuh..hampir seminggu kami dibrainwash supaya menjadi pejuang bangsa..pejuang bangsa?? Agar mempunyai semangat perkauman melayu,agar kita menjadi orang sayangkan kepada bangsa melayu.


Betul kita perlu sayangkan kepada bangsa kita sendiri akan tetapi Islam perlulah diutamakan dahulu berbanding bangsa betul kan? Nabi Muhammad sanggup dipulaukan oleh keluarganya sendiri dek kerana memperjuangkan Agama Islam,inikan kita manusia yang hina mahu mempertikaikan perjuangan nabi..Subhanallah..Ana tertarik dengan kata-kata Saidina Umar “Sesungguhnya kita dimuliakan dengan Islam,jika kita meninggalkan Islam kita kan dihinakan oleh Allah.Betul bukan?tepuk dada Tanya iman.Kata-kata ini sudah pun menjawab segala persoalan itu.


Untuk posting kali ini ana tidak berniat untuk membincangkan soal ini,sudah mual dibuatnya.Ok lupakan..


Baru-baru dengan kesempatan masa yang Allah taala kurniakan kepada ana dicelah kesibukan taklifat yang semakin bertambah,ana sempat menghabiskan beberapa buah buku untuk menambah ilmu didada ini ibarat tin buruk kosong yang perlu diisi dengan ilmu secukupnya.Hanya buku biasa,yang selayaknya dengan diri ana yang dhaif ini secara hakikat bukan majazi..


Cuma untuk perkongsian kali ini ana tertarik dengan penulian seorang penulis Indonesia telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'Pandangan Melingkar' atau dalam bahasa arabnya disebut 'mulahazah'. Yang dimaksudkan dengan pandangan melingkar adalah memandang sesuatu dari pelbagai sudut yg berlainan. Dengan kata lain, di sebalik setiap benda yang dicipta oleh Allah, ada pengajaran2 atau maksud yang boleh kita ambil darinya.


Contohnya, mari kita melihat kepada pensel yang selalu kita gunakan untuk menulis. Dapatkah anda meng'extract' pengajaran2 yang boleh diambil dari sebatang pensel?


1. Sebatang pensel jadi berguna kepada manusia kerana rod graphite yg ada di dalamnya dapat digunakan untuk menulis. Begitulah juga manusia, jika tiada ruh di dalam tubuhnya, nescaya manusia itu hanya segumpal tanah yg kaku, ia jadi bernilai hanya kerana ruh yg ada di dalam tubuh itu.


2. Sebatang pensel yg tajam itu lebih baik dari sebatang pensel yg tumpul. Meskipun ruh telah menjadikan manusia itu hidup, tetapi ruh individu yg beriman lebih dikasihi oleh Allah dan lebih tinggi nilainya berbanding ruh yang tidak beriman.


3. Pensel yg tajam sekalipun jika diguna lama, akan menjadi tumpul. Tetapi berita baiknya, ia masih boleh diasah menjadi tajam semula. Iman di hati manusia naik dan turun, tetapi meskipun ia turun, ia masih boleh ditambah dengan menghadiri majlis2 ilmu,membuat kerja-kerja Islam, mengkhusyukkan solat dll sehingga ia tajam kembali.


4. Kesilapan yg dilakukan ketika menulis dgn pensel boleh di padam.
Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana manusia diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yg lemah. Tetapi utk setiap kesilapan itu, pintu Taubat Allah sentiasa terbuka kecuali ketika hampir datangnya maut.


5. Sebatang pensel yg selalu digunakan, lambat laun akan menjadi pendek, dan akhirnya akan dibuang kerana tidak dapat lagi digunakan. Setiap saat manusia semakin hampir kepada maut di mana ruhnya akan diangkat utk perjalanan seterusnya.


6. Pensel yg masih panjang lebih sedap digunakan untuk menulis berbanding pensel yg pendek. Zaman muda adalah zaman emas manusia. Di zaman ni manusia boleh menggunakan sepenuh tenaganya, dengan pilihan mereka sendiri sama ada untuk berbuat baik atau sebaliknya.


Banyak lagi yang dapat kita dapat ambil dari sebatang pensel,korang senaraikan sendiri la erk..


Cuma yang ana nak beritahu disini iaitu mengenai pandangan kita atau persepsi kita terhadap sesuatu perkara atau terhadap seseorang individu.Janganlah terlalu cepat untuk kita memandang sesuatu atau seseorang individu itu secara negative.


Adalah lebih baik jika kita mengkaji atau menyelidiki dahulu sesuatu perkara yang berlaku itu dengan memandangnya mempunyai hikmah disebaliknya yang tidak dapat difikirkan oleh fikiran kita yang dangkal ini.


Hal ini kerana apabila kita memandang sesuatu perkara yang berlaku dengan memandang ada hikmah disebaliknya,ia akan menjadikan kita lebih matang dalam bertindak,terutamanya bagi mereka yang bergelar da’ie,mereka yang bergelar pejuang agama Allah Taala,yang sememangnya kita tahu mempunyai banyak mehnah dan tribulasi yang akan Allah taala timpakan untuk menilai sejauh mana kekuatan seorang da’ie tersebut.Oleh kerana itu ia memerlukan kekuatan dalam diri untuk menghadapi perkara sebegini.


Ini sekadar pandangan ana yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan,mungkin ya atau tidak, jika anda merasakan pandangan ini salah anda boleh melemparkan pandangan ini sejauhnya dari fikiran anda sekalian,akan tetapi jika saudara/i mempunyai pandangan yang berbeza pintu muzakarah dibuka seluas-luasnya untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting ialah untuk kebaikan Islam itu sendiri.


“APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI”