Syukran diatas Kad Maya yang diberikan oleh QK kepada ana sebentar tadi.Apabila tengok jer kad ni mengingatkan ana bahawa semakin hampir kita dengan bulan ramadhan.

Jadi untuk kita menghadapi bulan yang penuh mulia ini,marilah kita sama-sama membuat persedian yang rapi agar dapat mempertingkatkan lagi amalan kita dibulan yang mulia ini ,InsyaAllah.Moga-moga dengan madrasah ramadhan yang Allah taala sediakan khusus untuk kita ini dapat meningkatkan lagi iman dan taqwa kita sebagai hambanya dan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengaku untuk memperjuangkan agama Allah taala yang kita cintai ini.

Ini kerana matlamat akhir madrasah ini adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah taala.Syukran sekali lagi diucapkan kepada QK diatas Kad Maya ini.

"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"