Assalamualaikum w.b.t kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana berada saat dan ketika.

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Tanah Melayu .Pada tarikh keramat tersebut Tanah Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih terjajah.

Alhamdulillah,syukur kepada yang Maha Esa kerana menegkalkan nikmat kemerdekaan Negara sehingga ke saat ini.Tahun ini Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 dengan tema 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (setakat mana didahulukan ntah la).

Namun,rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam seharusnya tidak terlalu selesa dengan suasana ini. Kita harus sentiasa bertanya kepada diri,apakah kita berada dalam keadaan yang hakiki?Adakah kita telah merdekakan tanah air ,jiwa,pemikiran,budaya,undang-undang dari penjajahan iedologi yang merosakkan?Atau apakah tanah air kita sahaja yang telah ditinggalkan oleh penjajah Inggeris,namun pemikiran dan ideology mereka masih diwarisi oleh kita malah masih diperjuangkan oleh kita?betul ke?tanya iman masing-masing.

Sebenarnya pada hakikat,jangan kita alpa penjajahan juga turut berlaku pada gaya serta cara berfikir,akhlak,tingkah laku dan budaya seseorang itu.Kata seorang penyair Arab yang terkenal Syauqi (rujuk buku STAM madah Adab wa Nusus,kalau tak silap):

“kehebatan sesebuah bangsa itu adalah berdasarkan akhlak muda-mudinya”

Ana teringat kata-kata yang cikgu tuisyen ana yang mengajar mata pelajaran sejarah,(mata pelajaran kegemaran,hehe )semasa ana belajar ditingkatan 3 dulu semasa membincangkan pasal kemerdekaan yang menaqalkan kata-kata Abu A’lla al-Maududi,seorang ilmuan islam terkemuka di India semasa India mendapat kemerdekaan.Beliau berkata “Telah pergi orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”

Oleh kerana itu,umat Islam perlulah mengisi kemerdekaan ini dengan menghapuskan saki baki tinggalan penjajah dalam setiap aspek kehidupan mereka.Inilah ana rasa mesej kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di awal Islam ketika mereka berusaha membebaskan bangsa dan kaum yang lemah dari cengkaman penjajah.Ini dapat dilihat menerusi ungkapan Rub’ii bin Amir seorang pejuang Islam dihadapan Rustum panglima perang Rom (rujuk Fiqh Sirah-Syeikh Ramadhan al-Buti) :

“ Allah mengutuskan kami untuk kami mengeluarkan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada perhambaan kepada Tuhan Pencipta manusia,daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam,daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat”

anak-anak merdeka

Justeru itu,marilah kita memahami erti kemerdekaan dengan lebih matang .Merdekakan jiwa dan minda kita dari melanggar arahan Allah S.W.T.Merdekakan masyarakat dari perpecahan.Merdekakan negara dari undang-undang taghut.

Semoga dengan memahami erti sebenar kemerdekaan akan menambahkan keberkatan kehidupan kita didunia dan akhirat.

'APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"