“Ke garisan.. Sedia,, Pretttt!”. Lantas, kempat-empat ‘askar’ kecil memecut laju. Cuma Ewan sahaja yang tak memecut langsung.. Kaku di garisan.


“Ewan. Apasal tak lari?”. Aku bertanya ringkas. Sambil mengusap-usap kepala ‘botaknya’.


“Kenapa kena lari?”. Ish.. Pelik juga soalan ni..


“Ni kan lumba lari..? Mestilah kena lari..”. Ewan diam. Angguk pun tidak. Geleng kepala pun tidak.. Aku ‘blurr’. Faham ke buat-buat tak faham nie?


“Ok.. Jom kita lumba semula ye.. Tadi tak ‘aci’.. Ewan tertinggal.. Mari sini sayang..”. Aku mengarahkan empat orang ‘askar’ kecil yang baru pulang dari garisan penamat. Masing-masing termengah-mengah..


“Ewan tak nak..”. Keluh Ewan dengan muka sedih.


“Ewan tak nak lumba lagi..”


“Ewan.. Kenapa ni? Jomlah.. Tak bestlah Ewan tak ikut..”. Syahirah memujuk sepupunya.


“Ewan tak suka.. Ewan kecik. Mestilah kalah..”. Ooo. Nak menang rupanya.. Budak kecil macam Ewan pun ada perasaan ‘kecik hati’. Aku ketawa kecil.. Asyraf senyum sehinggakan menampakkan giginya yang rongak.


“Haa.. Macam mana ni? Macam mana nak bagi Ewan menang kali ini..?”.Aku sengaja bertanya dengan empat orang ‘askar’ tadi. Kata orang, ‘ngetest’ je.


“Oh. Macam ni.. Macam ni.. Ewan lari dulu lepas tu kami semua ikut kat belakang..”. Cadangan ‘ikhlas’ dari Syahirah.. Tiga orang ‘askar’ lagi mengangguk patuh.


Aku biarkan sahaja mereka dengan ‘style’ lumba lari baru itu.. Si Ewan dengan wajah gembiranya berlari di depan dan empat orang lagi ‘askar’ menyusul ‘patuh’ di belakang.. Tak potong pun sampai ke garisan penamat!


Aduh..hati rasa disentuh seketika...


Anak-anak riang sekecil mereka kadang-kadang lebih faham makna ukhuwwah.. Lebih “BIJAK MENYUSUN RANTING UKHUWWAH” supaya jangan patah ,lalu kita semua bila-bila masa akan menjadi punah dan rosak. Hilang kekuatan dan hilang taring upaya!


Jangankan memenangkan pendapat orang lain, meraikan pendapat sekalipun sukar untuk diterjemahkan oleh orang besar. Aku masih berfikir.. Susah sangat ke? Mungkin.. Tapi, mungkin TIDAK bagi mereka yang ‘berjiwa besar’ seperti Syahirah. Win-win situation!


Kita jangan.. Jadilah seperti kanak-kanak. Belajar untuk meraikan orang lain!


Belajarlah dengan falsafah bersetuju untuk tidak bersetuju


Firman Allah swt di dalam surah Az-Zumar ayat 17-18 yang bermaksud:-

….berilah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mereka mendengarkan dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (Az-Zumar:17-18)