Ada seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu-kupu, suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. Lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu- kupu itu.


Beberapa ketika selepas itu, kelihatan kupu-kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu..


Kemudian kupu-kupu itu berhenti daripada meneruskannya, kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.


Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya, dia mengambil sebilah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.


Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya, namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayapnya berkerut, orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap kupu-kupu itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu.


Namun, semua harapannya itu hampa…


Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayapnya yang berkerut, dia tidak boleh terbang.


Sifat baik yang tergesa-gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu-kupu tersebut.


Lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu-kupu tersebut mengalir ke sayapnya. Maka dengan cara itulah kupu-kupu tersebut boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.


Sebenarnya begitu juga dengan falsafah ujian dalam kehidupan,ia adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita, jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan itu mungkin akan melumpuhkan kita.


Kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan.


Ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang berada di Malaysia melontarkan pelbagai persoalan kepada ana mengenai mesir.


“Wan,kenapa nta belajar kat Mesir,bukan ker Mesir tu kehidupannya susah,naik bas sardin la,perangai arab yang kasar…”


“Boleh ker nta belajar kat mesir dengan kehidupan yang banyak cabaran dan ujian macam tu..?”


Dan banyak lagi persoalan yang dilontarkan,tapi bagi ana mungkin itu persoalan dari kalangan mereka yang tidak pernah merasai kehidupan di Mesir dan mereka berhak untuk melontarkan persoalan dan ana hargai persoalan yang mereka lontarkan.


Namun falsafah hidup ana,ana lebih gemar hidup dalam keadaan yang mencabar dan mempunyai banyak ujian daripada hidup kesenangan dalam kebinasaan, terutamanya dalam kita menuntut ilmu,masakan tanpa ujian bagaimana mahu menjadi manusia yang hebat?


Sedangkan alim ulama’ zaman terawal mereka menghadapi pelbagai ujian dalam perjuangan mereka menuntut ilmu dan dalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.


Tanpa halangan dalam perjuangan kita mungkin tidak dapat ‘terbang’.


Kadang-kadang tuhan tidak memberi yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita.


Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..gunakan sebaiknya segala nikmat yang Allah taala kurniakan kepada kalian semua.