“Wan,ana rasa macam tak jadi jer nak jadi ahli perniagaan kelak” luahan Khairuddin pada ana memecah kesunyian pagi di Mat’am Selangor di Hayyu Asyier.


“Tak jadi? Bukan ker cita-cita nta untuk jadi ahli perniagaan?apasal tiba-tiba tak jadi pulak?”soal ana respon terhadap luahan Khairuddin.


“Bukan per Wan,kalau ana jadi ahli perniagaan kelak,ana bimbang tak cukup masa tuk ana lakukan kerja-kerja Islam nanti,dah la sekarang nie macam-macam perkara berlaku,jadi ana rasa kalau ana jadi ahli perniagaan ,ana tak dapat bagi sumbangan sepenuhnya pada jemaah dan bimbang perkara yang kita rancang bersama ana tak dapat laksanakan.” luah Khairuddin lagi.


“Owh,tu lah sebabnya?”


“Yup”


“Macam nie,nta ingat tak lagi nasihat naqib kita kat Malaysia dulu?” ana mengimbau kembali kenangan bersama naqib di Malaysia dulu.


“Menjadi ahli perniagaan tidak menghalang untuk kita berbakti sepenuhnya kepada islam,cuma ingat..jangan jadikan perniagaan tu penghalang dan pengikat kepada jadual harian kita dalam berbakti kepada islam,ahli perniagaan yang berjaya dia just rancang dan orang lain yang akan melaksanakannya,ingat..apabila islam dapat memerintah sepenuhnya kelak, kita memerlukan mereka yang pakar dalam segenap bidang,jadi ana rasa teruskan jer cita-cita nta tu,cuma ingatlah sentiasa pesanan naqib kita tu” sambung ana lagi.


“Ahli perniagaan dan mahir dalam bidang agama,Usuluddin pulak tu..itulah yang kita mahu” seloroh ana.


“Betul jugak kata nta tu” balas Khairuddin dengan muka yang bersemangat.


“Contohi dan cubalah untuk menjadi seperti sahabat nabi,mereka walaupun pedagang atau peniaga,tapi mereka tetap mendahulukan Allah,Rasul dan perjuangan Islam melebihi segalanya,bukan setakat sumbangan kewangan yang mereka sumbang malah jiwa mereka sanggup dikorbankan untuk Islam”


“Cuma yang ana sedih berlaku sekarang ni,umat Islam seolah-olah meletakkan tugas untuk berbakti kepada Islam ni kepada sesetengah pihak jer ,mereka tak rasa mereka pon bertanggugjawab dalam melaksanakan tugas ni” tambah ana menghangatkan lagi suasana pagi ketika itu.


“Kalau macam tu,kita perlu ubah perkara ini, biar umat Islam sedar tugas ni bukannya terpikul atas bahu sesetengah pihak sahaja,biar semua faham tugas dan peranan mereka terhadap Islam,betul tak?” balas Khairuddin.


“Betul..”