Wajah mereka seakan rembulan, mencerahkanku ketika kegelapan. Membantu menyuluhkanku hingga aku melihat alam yang amat luas terbentang.


Dulu jiwa muda ini sering memberontak jika ditegur atau dinasihati oleh mereka kerana jiwa ini merasakan perkara itu benar pada pandanganku sebagai anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa tentang erti sebenar kehidupan ini.


Mereka jugalah yang mengajar aku tentang erti hidup berjemaah,sejak berumur 12 tahun lagi aku sudah diajar untuk menghadiri usrah,menghadiri program jemaah,walau hati ini masih lagi tidak dapat mengerti apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh mereka ketika itu.


Kalam-kalam nasihat dari mereka tidak lekang dari hawa telingaku,boleh dikatakan setiap saat dan ketika , kalam-kalam nasihat dari mereka dilontarkan kepadaku.

Dulu, aku pernah sendu kelemahan, bagai aku tidak pernah punya teman, tidak pernah kenal manusia. Mereka hadir, tersenyum.. mengusapku.. Bangunlah, kami sentiasa di sisimu. Kata mereka, kuatkanlah iman.. Esok nanti, dirimu menjadi mujahid sepanjang zaman..


Masih lagi aku ingat,sebelum aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Anbiya’ aku sering pulang lewat malam dan kadang-kadang jarang berada dirumah dek kerana melaksanakan tugasku sebagai khalifah dimuka bumi ini,mereka tidak pernah pun melemahkan semangatku untuk meneruskan semua itu.Jika aku keletihan,merekalah seolah-olah memahami keletihan yang aku alami.

Aku kutip bicara permata dari mereka, yang akan ku simpan sampai bila-bila. Aku pernah meneroka, dalam hatiku.. ada 1 bilik yang penuh indah, yang dalamnya penuh bunga, malah, penuh cinta. dan pasti, itu tempat mereka. Mahkota di jiwaku.

Sekali, aku sering terkenang, lelah dan air mata.. yang aku tanya.. "Untuk siapa semua itu?" Nafas dihirup,. Biar keletihan, dengan senyum... "Untukmu, anakku... Pasti."


Namun aku mencuba untuk memahami semua itu,masa demi masa berlalu,aku semakin memahami apa yang mereka mahukan sebenarnya dan aku akan cuba sedaya upaya merelisasikannya suatu masa nanti. InsyaAllah.


Ya Allah, bahagiakan mereka. Cambahkan cinta dalam kuntum jiwa mereka, dan dalam mekar cinta padaMu. Tenang dan damaikan jiwa mereka. Agar mereka redup dalam dakapanMu, belaianMu, di sini... dan insyaAllah... di syurgaMu nanti...


Duhai rinduku,


Terima kasih.. Terima kasih atas segalanya..kini baruku tahu erti semua itu..


"Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke-22 Ummi dan Abah.. "