Kepimpinan adalah merupakan institusi terpenting bagi sebuah organisasi.Tidak ketinggalan juga bagi sebuah Gerakan mahasiswa islam seperti Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam konteks mahasiswa/i mesir.


Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.


Pilihan Raya Umum pemilihan Badan Pengurus PMRAM sesi 2010 sudah melabuhkan tirainya petang tadi yang menyaksikan pertandingan yang agak sengit.Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka yang menang.


Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).


Berasaskan realiti ini , perhatikan bilah-bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .


Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.


Sementelahan pula,PMRAM sudah mencapai usia genap 80 tahun yang membuktikan kematangan PMRAM sebagai sebuah persatuan induk di bumi Mesir ini.


Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.


Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli semata-mata akan tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.


Pada 11 dan 13 hb nanti tumpuan sudah semestinya akan beralih pula kepada muktamar PMRAM kali ke 77 dan Muktamar HEWI kali ke 23 yang merupakan medan untuk ahli dan pimpinan bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman persatuan , dan membina kader.


Terlalu banyak isu yang rasanya akan ditimbulkan oleh para perwakilan dalam muktamar kali ini. Sememangnya itulah kemeriahan muktamar , apabila ia panas dengan perbahasan para perwakilan yang menyentuh pelbagai isu ,itulah harapan ana.


Ana mendoakan agar semua perbahasan tersebut berjalan dengan baik . Penuh adab dan semangat persaudaraan yang tinggi berasaskan ukhuwwah fillah . Sekalipun mungkin timbul khilaf atau perbezaan pendapat , jadikan ia sebagai cambahan minda dan kita berlapang dada dengan semua pihak .


Menghormati pandangan orang yang berbeza dengan kita adalah satu sikap positif dalam kita berbeza pandangan. Mungkin kita tidak menerima pandangan tersebut tetapi menghormati pandangannya adalah wajar .

Demikian juga sebarang teguran dan kritikan yang dilemparkan khasnya kepada pimpinan agar ia menjadi satu ibrah atau ingatan kepada mereka agar berhati - hati dalam memimpin dan serius dalam melaksanakan tanggungjawab .


Saff pimpinan mestilah tenang dan berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan tersebut dengan menginsafi bahawa masih terlalu banyak perkara yang kita perlu pertingkatkan khasnya berkait prestasi keiltizaman kita terhadap aktiviti amal islami yang diperjuangkan selama ini .


Semoga muktamar PMRAM tahun ini , yang akan berlansung akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan fikrah ahli PMRAM itu sendiri selari dengan tema muktamar apada tahun ini “Kemantapan fikrah membina syahsiyah”


Selamat berjuang dan bermuktamar .