Muktamar PMRAM kali ke 77 sudah berlalu hampir 2 hari yang lalu,baru sekarang saya diberi kesempatan untuk mengupdate tentangnya dek kerana masa yang tidak mengizinkan.Seperti entry saya sebelumnya muktamar sebegini , selain ia adalah medan bermuhasabah juga menepati jejak kasih antara kita .


Muktamar adalah himpunan tahunan yang mementaskan kembali nilai ukhuwwah dan persahabatan agar terus mekar tanpa layu dan luput walau dilanda badai perbedaan pandangan dan silang maklumat antara kita .


Semangat juang demi menegakkan agama Allah dan rasa cinta kasih terhadap wadah perjuangan ini membuatkan kita tidak peduli lagi berapa lebar jurang khilaf antara kita , ianya tetap diharungi untuk menggapai kedua tangan agar kembali bersilang penuh makna , mendokong nilai persaudaraan Islam .


Saya sendiri dapat menyaksikan dengan jelas wujudnya jurang perbedaan pandangan yang mungkin bertitik tolak dari berbeza maklumat , tidak sama cara memahami dan berlainan persepsi dalam menanggapi isu yang dihadapi namun saya juga dapat melihat dengan lebih jelas bahawa segala perbezaan itu bertemu di atas nokhtah yang sama iaitu kasih dan sayang kepada wadah perjuangan mahasiswa Islam ini .


Realiti ini membuatkan saya kedu seketika , menginsafi kebesaran Ilahi dan rahmatNya yang cukup unik . Semoga perjuangan ini semakin mantap dan perkasa setelah ia melalui satu proses muhasabah yang telus , berani , ikhlas dan kritikal .


Saya percaya semua anggota jamaah mempunyai perasaan dan sikap yang sama . Tiada makna lagi untuk terus kita bertikaian antara satu sama lain setelah melalui proses muhasabah ini .


Malah kita telah pun mengambil kata sepakat untuk terus mendokong kepimpinan yang baru ini dengan tema yang baru iaitu “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiyyah”.Moga ia dapat diterjemahkan dengan gerak kerja yang sistematik di setiap PMRAM cawangan BKAN ataupun DPM untuk kita merealisasikan survival PMRAM di masa akan datang.


Dua usul yang telah dipersetujui pada muktamar kali ini diharapkan diperkasakan dari segi perlaksanaannya,InsyaAllah kami sebagai ahli akan mendokong penuh segala perancangan pimpinan demi perjuangan ini kata mantan Presiden PMRAM Ust Muiz “Bersedia disetiap posisi”


Ucapan dasar Presiden sesi ini juga wajar untuk dijadikan Munaqasyah disetiap BKAN ataupun DPM,moga ucapan dasar ini dapat dijadikan guardline kepada kita semua untuk meneruskan gerak kerja kita untuk sesi ini tidak kira diposisi manapun kita berada dan akhirnya setiap gerak kerja yang dilakukan perlulah dilakukan research and development (RnD) supaya kita dapat menilai setakat mana keberkesanan gerak kerja yang kita lakukan.


Inilah masa kita mengorak langkah penuh satria mendepani apa jua bentuk tribulasi . Noktah Tasbih Kaffarah di hari akhir muktamar adalah merupakan Noktah Bismillah bagi hari mula untuk terus berjuang di sessi ini