World Cup 2010 akan bermula,tumpuan dunia sudah semestinya beralih ke Afrika Selatan.Kejohanan berprestij ini sudah semestinya menarik ribuan malahan jutaan penonton di seleruh dunia.

Kalau di Tanah Air,saya mendapat makluman demam bola sepak sudah bermula sejak dua bulan yang lalu.Walaubagaimanapun,suasana di bumi sumpahan ini tidak kurang hebatnya dari segi sambutan.

Sementelahan pula,arab mesir sememangnya dikenali sebagai rakyat yang memang gilakan bola.Sehinggakan semua peringkat umur bermain bola tidak kira cuaca dan musim,hidup mereka tetap dengan bola.

Namun begitu perbualan saya dengan seorang 'ammu arab semasa perjalanan pulang dari kampus al-Azhar petang tadi menyebabkan saya terkedu dan tersedar seketika.

Sebagaimana yang diketahui,kebanyakan arab mesir memang dikenali dengan rakyat yang gila bola,oleh kerana itulah saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan seorang pemandu teksi tentang world cup 2010 yang akan berlangsung, sekadar melepaskan bosan kerana terperangkap dalam zahmah (jalan sesak).

Namun, 'ammu tersebut memperingatkan saya walaupun world cup berlangsung,kita sebagai umat islam jangan lupa dengan agenda yahudi dalam menjatuhkan ummat islam. Kita juga jangan tenggelam dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak sehinggakan ummat Islam leka dengan isu-isu yang berlaku kepada ummat Islam kini.

Saya terkedu dan bersetuju sepenuhnya dengan 'ammu tersebut,tidak sangka pada permulaannya saya hanya ingin mendapatkan responnya tentang world cup 2010 akan tetapi perbincangan kami berpanjangan hingga berbincang mengenai isu-isu yang berlaku kepada ummat Islam kini.Terima kasih 'Ammu Sameer kerana memperingatkan kami.

Saya juga ingin memperingatkan saya dan sahabat sekalian agar kita jangan terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan segala perancangan dan turning point yang dilakukan oleh musuh Islam.

Berikut adalah gambar yang saya ingin kongsikan ihsan daripada blog Ustaz Shaari mengenai World Cup 2010 dan Olimpik London 2010

World Cup 2010






Olimpik London 2012


Walaubagaimanapun perancangan mereka untuk menjatuhkan islam,yakinlah masa depan dunia ditangan Islam.

Walaupun ianya nampak mustahil tapi janji Allah tetap akan benar sebagaimana penawanan kota Konstantinople yang dianggap mustahil oleh ummat islam ketika itu akan tetapi berjaya di tawan oleh insan biasa yang yakin dengan janji Allah dan rasulNya.