“Saya suka untuk bersikap melawan arus,saya merasakan tugas saya adalah untuk keluarkan masyarakat daripada budaya taksub secara buta tuli”

“Selepas saya melaksanakan tugas mengeluarkan masyarakat daripada budaya taksub,terserah kepada mereka bagaimana mahu melihat dan menilai saya”


Itulah antara sebahagian dialog saya dan seorang sahabat Indonesia di dalam bas beberapa hari yang lalu semasa perjalanan pulang dari kampus ke Hayyu Asyier.


Perbincangan kami adalah mengenai mengapa umat islam kini seolah-olah lemah dan beku dalam menyumbang ataupun melontarkan idea untuk pembangunan tamadun Islam.


Kebanyakan umat Islam dan terutamanya mereka yang berstatuskan aktivis dakwah hanya gemar memilih untuk ‘mengangguk’ setiap apa yang diputuskan walaupun ia sebenarnya bertentangan daripada apa yang sepatutnya.


“Tak per la..kira ok la tu”


“Ok jer,setuju je la”


Apabila tarbiyah adalah hanya untuk melahirkan aktivis yang hanya pandai mengangguk,ketahuilah bunga-bunga tarbiyah masih lagi belum kita ketemui.


Tarbiyah adalah untuk melahirkan mereka yang bercakap ,berani bersuara,tidak takut kepada celaan yang melemahkan,
berani mencabar kebiasaan dan tradisi.Ini juga merupakan salah satu sifat yang perlu ada kepada mereka yang ingin menjadi Qaidah Sulbah dalam perjuangan.

Kadang-kadang perkara yang lebih parah lagi,ada aktivis-aktivis islam disekat untuk memberikan pendapat atau mengkritik terhadap setiap perkara yang dilakukan oleh pimpinan,hal ini seolah-olah menghalang mereka daripada berfikir dan mengeluarkan pendapat.


Tarbiyah adalah untuk melahirkan yang menentang,satu posting kontroversi yang pernah ditulis oleh Mantan Presiden GAMIS Ustaz Dzulkhairi mengenai sindiran dan sinikal beliau terhadap senario jumud,kesilaptafsiran makna wala’ dan budaya mengikut tidak berfikir yang kian menular dalam kalangan aktivis-aktivis Islam kini.


Utamakan keadilan.


Imam Zahabi pernah berkata kepada tuan gurunya Ibn Taimiyah ,


“Aku sayangkan kamu guru,akan tetapi kebenaran lebih aku sayangi daripada kamu”


Al-Hafizd al-Zahabi merupakan tokoh agung dalam Ilmu Hadith dan beliau pernah menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadith.Menunjukkan beliau mengagumi kehebatan yang ada pada gurunya Ibn Taimiyah.


Akan tetapi kata-kata Imam Zahabi ini menunjukkan Imam Zahabi sanggup berlainan pendapat dengan gurunya demi kebenaran,bukan bermakna beliau seorang pengkhianat akan tetapi kebenaran lebih lagi beliau sayangi daripada segalanya.


Said Hawa juga pernah menegur sikap sesetengah sikap pemimpin gerakan Islam yang seolah-olah memaksumkan sesuatu keputusan yang diputuskan.


Walaubagaimanapun setiap apa yang dilakukan perlu disisipkan bersama akhlak perkhilafan yang baik dan sikap tawadhuk, bukan penentangan yang tidak tentu hala dan tidak beradab, atau dengan niat untuk tunjuk hebat dan berlagak.


Belajarlah sekali-sekala untuk menggunakan Black Hat Thinking yang diperkenalkan oleh Edward De Bono.