Saya masih ingat lagi ketika mana berada dalam satu mesyuarat bersama sahabat-sahabat di Malaysia sebelum ini ketika membincangkan mengenai method tarbiyah yang perlu dilaksanakan terhadap kader-kader dakwah ketika itu. 

Saya melihat perlambakan dan percambahan idea berlaku. Walaupun ia dilihat sekadar lontaran suara, namun saya tidak menganggap itu adalah masalahnya.Masalahnya adalah mengapa ada yang tidak bersuara dan lebih banyak mengangguk daripada mengeluarkan idea.  

Samada ketandusan idea, tidak mengetahui apa yang dibincangkan atau mengaggap itu adalah sekadar sesi taklimat.Saya berpandangan bahawa gerakan mahasiswa Islam perlu lebih agresif dan kritikal dalam memberi buah fikiran. 

Saya tertarik idea yang diperkenalkan oleh Edward de Bono iaitu Six Thinking Hats merupakan teknik berfikir secara kreatif dan kritis. Teknik ini membantu individu dan sesebuah organisasi kearah pemikiran yang lebih efektif dan inovatif. 

Pada hakikatnya ianya sebahagian daripada khazanah sarjana-sarjana Islam terdahulu yang kian dilupakan oleh umat Islam kini dan telah dimonopolikan oleh orang bukan Islam. 

Antara Six Thinking Hats yang diperkenalkan antaranya ialah topi hitam iaitu kita cuba menkontrakan setiap perbincangan yang dibincangkan. 

Ia akan menguji kelemahan yang ada pada setiap idea, dan kadang kala supaya ahli mesyuarat membuka suara dan menyedari bahawa setiap suara dan idea adalah berharga, apabila melihat ada seorang yang cuba membantah idea hebat yang seakan-akan tiada tandingan dan disepakati semua, pasti boleh cuba merintis idea lain atau sekurang-kurangnya mampu untuk menguji kehebatan idea sedia ada.

Maka sekarang saya tertarik untuk memikirkan masalah yang kebiasaannya akan sentiasa wujud dalam setiap aktivis-aktivis dakwah terutamanya saya fokuskan kepada mahasiswa tidak kira di tanah air mahupun di Tanah Arab. 

Pada pandangan saya permasalahan kecil inilah yang mengakibatkan kelajuan kerangka pemikiran mahasiswa sentiasa dibatasi dan disekat. 

Apa yang saya lihat,jika mahasiswa di Malaysia wujud masalah “kecil” yang tidak sepatutnya berlaku didalam jemaah sehinggakan melemahkan gerakan mahasiswa Islam.

Sebagai contohnya,masalah berlainan latar belakang pendidikan awal,tidak mesra alam,dengki,tidak sebulu, dan banyak lagi yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku sehingga melembabkan kerangka pemikiran mahasiswa.

Jika Mahasiswa di Tanah Arab pula,ada sesetengah mahasiswa yang terlebih syaghal (menyibukkan diri) dengan membincangkan perkara-perkara furu’ ataupun masalah yang telah diselesaikan oleh ulama’ yang terdahulu sehinggakan mengabaikan qadiyah yang berlaku kini.

Masalah kamu sufi,aku haraki,kamu kuat berpesatuan dan sebagainya sehinggakan mengabaikan perkara yang sepatutnya dibincangkan dan diselesaikan oleh mahasiswa yang berpendidikan agama khususnya. 

Mahasiswa perlu menyedari bahawa zaman demi zaman silih berganti.

Setiap zaman pasti ada pengkhususan ilmunya yang tersendiri, memandangkan situasi semasa. Contohnya pada zaman Imam Ghazali dipenuhi dengan ketaksuban dan kecelaruan umat islam pada falsafah.

Falsafah socrates dan aristotle membawa satu malapetaka kepada umat islam zaman Imam al-Ghazali. Akibatnya, berlakulah isu "mujassamah" mentajsimkan Allah dengan makhluk.

Di sebabkan itu, imam Ghazali dengan kecerdikannya, beliau mengeluarkan kitab untuk menjernihkan kembali akidah islam yang disesatkan muslim tertentu. Akhirnya, kemelut kecelaruan falsafah telah berakhir.

Itu qadiyah yang berlaku di zamannya yang perlu diselesaikan dan diberi keutamaan.

Ada yang mengatakan bahawa saya adalah seorang yang tidak menerima perbezaan pandangan.

Saya ingin tegaskan disini bahawa bukan tidak dapat menerima perbezaan pendapat itu persoalannya akan tetapi persoalannya ialah saya ingin tegaskan bahawa keinginan dan masalah semasa umat islam sentiasa berubah dan pada abad ini ia benar-benar berlaku satu perubahan yang besar.

Keinginan gerakan islam kini juga telah berubah. Maka mahasiswa juga perlu berubah. 

Kita mungkin tidak lagi memerlukan manhaj melahirkan penyokong, namun keperluan pada hari ini ialah manhaj gerakan islam yang boleh melahirkan pendokong. 

Lahirnya ahli falsafah islam terdahulu yang hebat, demi menentang falsafah kuffar yang mengancam jernih akidah islam kerana sesuai dengan qadiyah yang berlaku pada ketika itu. 

Keadaan semasa kita pada hari ini bukan sahaja menuntut kita menjadi orang yang berilmu semata-mata, namun fokus utama gerakan islam kita pada hari ini memerlukan orang berilmu yang dapat menyelesaikan permasalahan semasa yang berlaku kepada umat Islam kini.  

Seandainya mahasiswa Islam masih lagi sibuk dalam membincangkan dan hanyut dengan perkara yang tidak sepatutnya, maka bagaimana dengan permasalahan semasa yang berlaku keatas umat Islam kini? Siapa yang akan perbincangkan dan selesaikan?

Sudah sampai masa untuk mahasiswa memikirkan dan membincangkan perkara yang lebih aulawiyat pada zaman kini.Jangan terpengaruh dengan agenda yahudi dalam memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Utamakan qadhiyah berbanding masalah.