Allayarham Atukku bersama adik bongsuku Khadijah sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya 2 tahun lepas

Waktu hampir senja, selesai kerja-kerjanya di kebun seperti kebiasaannya, atuk akan duduk disampingku. Diatas bangku di depan rumanya mencari sedikit ruang secebis masa dari usianya untuk menenangkan fikirannya.

Menatap langit ciptaan Tuhan. Langit luas lagi kebiruan.Sambil menghayati kicauan burung yang sungguh mengasyikkan,setelah lelah seharian memerah keringat mengusahakan kebun yang sekangkang kera itu.

Aku sangat bersyukur kerana aku merupakan insan yang beruntung. Kerana selalunya, akulah yang pasti ada ruang untuk bermanja di sisinya di saat itu. Sungguh bahagia.

Aku masih lagi ingat ketika usiaku 8 tahun, aku meluahkan kehairananku pada perbuatan atuk yang selalu mendonggakkan kepalanya melihat langit dan selalu melemparkan pandangannya jauh melihat alam ini.


“Atuk, Wan nak tanya sikit nie,Wan tak faham la, kenapa atuk selalu sangat tengok langit petang-petang macam ini? 


Apa yang atuk fikirkan? 


Setiap petang pula tu.Bukan ada apa pun, nampak langit dan pokok saja.Atuk tak bosan ker?” soal cucunya yang belum kenal erti kehidupan.


Atuk hanya memandangku sambil tersenyum manis. Otak atuk ligat mencari jawapan pada persoalanku.


Aku tetap merenung wajah atuk yang sentiasa tenang. Hatiku ini tidak pernah bosan menatap wajahnya,sungguh menenangkan.


Atukku tersenyum lebar dan dengan tenang menjawab persoalanku.


“Wan..Wan. Atuk bukan apa, atuk dah biasa. Atuk suka.Hati Atuk akan tenang bila perhatikan cipataan Allah ni.Bunyi kicau-kicau burung mengingatkan atuk pada kebesaran Allah. Seolah-olah diri atuk “melayang” pergi bersama burung-burung tu, cu”. Jawab atuk sambil wajahnya mengukirkan senyuman.  


Aku hanya mengangguk tanda faham dan diam mendengar penjelasan atuk.


Aku tertanya-tanya. Apa agaknya yang ada dalam kotak fikiran atuk ketika ini? Bagaimanakah sebenarnya perasaan atuk di waktu ini? Gembirakah dia? Atuk ada masalah ker?Aku biarkan bertubi-tubi persoalan muncul didalam benak fikiranku. 


 “Wan...”. Serak basah suara atuk mematikan lamunanku.


“Ya, tuk. Ada apa tuk?” jawabku sambil memandang atuk dengan penuh bersemangat.


“ Kita ini beragama Islam. Kadang-kadang kita perlu melihat dan memerhati ciptaan Allah untuk menambahkan keimanan kita kepada Sang Pencipta.Allah taala juga mengajar Kekasihnya untuk melihat dan memerhatikan kebesaranNya untuk membuang segala sifat mazmumah yang ada dalam diri ini.”


“Ooo..Sifat mazmumah tu sifat tak baik kan tuk?Wan pernah dengar Ustazah sebut semasa di sekolah..”celah aku.


“Betul tu cu, bila kita tengok kehebatan cipataan Allah,walau sehebat mana kita,sealim mana pun kita,kita akan sedar betapa kerdilnya kita disisiNya”sambung atuk.


“Hah,Wan nak jadi alim besar nanti kan?”soal atuk sambil merenung melihat keindahan petang. 


“Ye tuk..”jawabku ringkas.


“Jadi atuk nak Wan belajar sungguh-sungguh. Dengan ilmulah,hidup Wan jadi berharga. Kenal baik dan buruk. Ilmu akan bimbing Wan.Bersungguh-sungguhlah dalam semua perkara yang Wan lakukan.” nasihat berharga dari atuk, aku mengiyakan dengan sebuah senyuman.


“Tapi Wan mesti ingat pesan atuk ni,jika Wan jadi alim dan orang yang hebat kelak, Wan  perhatikanlah alam ciptaan Allah swt yang sangat luas nan indah ni,cu. Alam ini hadiah Allah buat kita cu."


“Allah menciptakan alam ini untuk renungan buat mereka yang berfikir. Jadilah orang yang berfikir, Wan. Berfikir untuk Islam. Kadang-kadang kita sebagai manusia ini selalu lupa. Apabila jadi hebat, manusia selalu akan lupa siapa diri mereka sebenarnya.Jadi dengan melihat kebesaran Allah, manusia yang lupa diri akan terasa kerdilnya diri ini. Beringatlah Wan,sehebat mana atau sealim mana pun kita,semuanya adalah pemberian dari Sang pencipta yang Maha Agung.”


Tuk..tuk..tuk..tiba-tiba bunyi pintu diketuk..lamunan aku pada malam itu sambil memerhati keindahan malam di Bumi Sumpahan itu hilang serta merta.


Rupa-rupanya ada orang yang mengetuk pintu bilikku.Lantas aku meluru ke pintu bilik untuk membukanya. 


Sambil nasihat atuk masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah berkali-kali telah kudengar pesanan ini. Tentang ilmu, tentang alam,tentang tawadhuk . Kudengar dari sahabat, dalam usrah.
Entah di mana-mana lagi. Tapi aku lupa atau hatiku sudah lalai. Aku berlindung padaMu ya Allah daripada hati yang keras.


Syukur ya Allah. Terima kasih Atuk atas hadiah yang berharga itu. ..Terima kasih atas segalanya..


p/s:Alfatihah untuk atukku yang telah meninggal dunia hampir 2 tahun yang lalu,moga bersama para solihin.