Mereka merancang dan Allah merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.

Cuti musim panas sudah bermula bagi mahasiswa Mesir yang telah selesai menduduki peperiksaan semester 2 pada bulan ini.Pada masa cuti sebegini saya mengharapkan masa yang dilalui dapat diatur dengan sebaik mungkin agar tidak terbuang sebegitu sahaja.

Dua hari yang lepas saya sempat menonton sebuah video yang bertajuk The Arrival yang merupakan siri penerangan dan pembongkaran mengenai teori kewujudan Dajjal yang telah dikhabarkan oleh Baginda SAW.

Saya cuba untuk meneliti video tersebut untuk mengetahui tentang bagaimana perancangan yahudi dalam menguasai dunia yang begitu tersusun dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Freemason merupakan organisasi rahsia/bawah tanah yang mencetuskan New Wordly Order.
Antara objektif mereka ialah mengawal pemikiran manusia seawal usia mereka.

“I need to ask a very important question,what is the most efficient and effective way to control the world?

Two words…MIND CONTROL.”antara petikan yang terdapat dalam video tersebut.

Antara media untuk mendekati kanak-kanak ialah melalui animasi kartun, filem dan majalah-majalah.

Semua jenis ‘racun pemikiran’ digunakan agar jiwa dan raga kanak-kanak terfokus kepada hiburan, muzik, sex dan materialism.

Apa yang mengejutkan saya ialah, remaja seusia awal 7 tahun sudah mulai memahami apa itu seks.Sebab itulah cadangan kerajaan baru-baru ini untuk memasukkan pelajaran seks kedalam silibus pelajaran adalah perkara yang perlu ditentang dan sangat dicurigai motifnya..

Mereka melemahkan pemikiran anak-anak kita agar agenda mereka untuk menguasai dunia berjaya tanpa ada tentangan.

Semua ini berlaku dalam keadaan kita tidak sedar.

Filem-filem daripada Barat kebanyakkanya meracuni pemikiran anak-anak kita dan diri kita sendiri dan ia juga mempunyai racun pemikirannya tersendiri

Mungkin kita dan keluarga kita telah dikawal oleh Dajjal tanpa kita sedari.

Isu yang berlaku kepada umat Islam khususnya di tanah air menunjukkan bahawa musuh Islam sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai Islam.

Apa yang pasti kita sebagai umat Islam perlu berpegang teguh dengan al-Quran & Sunnah agar tidak terpesong dengan agenda turning point yang dilakukan oleh musuh Islam.

Kita semestinya memandang perkara ini dengan serius dan penerangan kepada masyarakat tentang perkara ini perlu diperluaskan.

Hal ini kerana,ia merupakan qodiyah semasa yang berlaku keatas umat Islam kini.Sebab itulah saya memang tidak dapat terima mereka yang masih lagi tidak dapat membezakan antara qadiyah semasa dan masalah yang berlaku dalam Islam.

Qadiyah semasa merupakan aulawiyat yang perlu diselesaikan oleh umat Islam yang kini terutamanya mahasiswa Islam,bukannya masih lagi hanyut dalam masalah yang telah diselesaikan oleh ulamak-ulamak yang terdahulu sehinggakan qadiyah yang berlaku kini diabaikan.

Agenda mereka telah menjalar masuk ke dalam seluruh struktur sistem social, ekonomi, politik, sukan, pentadbiran dan sistem pendidikan.

Jadi adakah kita masih lagi hanyut dalam perkara yang tidak sepatutnya?